Pengusaha pelancongan ada menerima pertanyaan daripada rakyat Malaysia yang ingin bercuti namun jumlahnya tidaklah begitu tinggi seperti yang tular sebelum ini.
Pemangku Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Mohamad Halim Merican berkata, selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, mereka berharap akan mula mendapat tempahan dalam masa terdekat.
“Kami tidak mendapat pertanyaan mendadak sebegitu. Memang ada pertanyaan tapi buat masa ini masih kurang.
“Jadi kami mengharapkan dengan keputusan kerajaan untuk benarkan rentas negeri, kami akan mula mendapat lebih banyak pertanyaan dan tempahan dalam masa terdekat.
“Di seluruh negara, memang kami mula mendapat pertanyaan tapi buat masa ini ia tidaklah sebanyak yang dikatakan,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Pelancongan Sabah terjejas, harap pelancong dari Semenanjung bercuti ke sana
BACA: Tertarik dengan 'Pakej Durian', tempahan inap desa meningkat
Tambah Mohamad Halim, MAH berharap agar pengusaha pelancongan dapat memulakan semula perniagaan mereka selepas ini.
“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kabanyakan ahli memang susah, tidak ada perniagaan langsung tapi kosnya ada. Dengan bantuan PRIHATIN daripada kerajaan, ia memang membantu ahli dan kami berterima kasih dengannya.
“Kami sekarang mengharapkan dengan PKPP dan rentas negeri dibenarkan, kami boleh lihat dalam Julai ke atas, perniagaan akan mula kembali.
“Saranan kerajaan untuk memastikan pelancongan domestik dikuatkan, kami harap mereka akan menuju ke tempat peranginan kami dan akan pulihkan perniagaan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tempahan mendadak di Langkawi seperti yang viral sebelum ini, Halim Merican menegaskan jumlah tempahan tidaklah begitu tinggi seperti dilaporkan sebelum ini.
“Bila kami periksa dengan ahli kami di sana, kenaikan itu tidaklah tinggi seperti itu,” katanya.
Ridauddin Daud
Tue Jun 09 2020

Pemangku Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Mohamad Halim Merican berkata, selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, mereka berharap akan mula mendapat tempahan dalam masa terdekat.
[TERKINI] Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang Renggam, Kluang pada 10 Februari lalu.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.