KUALA LUMPUR:Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara dan kerajaan tidak bercadang meningkatkan had statutori hutang melebihi 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Zakiah Jaafar berkata kerajaan masih komited untuk mengekalkan sasaran defisit fiskal pada tahun ini sebanyak 5.4 peratus kepada KDNK.
"Kita masih pada awal tahun, jadi kita masih boleh membuat penjajaran semula perbelanjaan kerajaan berdasarkan keutamaan semasa dan melalui amalan perbelanjaan yang lebih berhemat.
"Yang penting, keutamaan kerajaan ialah untuk memastikan perbelanjaan mengikut had yang ditetapkan, pemantauan yang ketat dan pemberian peruntukan sampai kepada kumpulan sasar," katanya dalam program Ruang Bicara mengenai PERMAI terbitan Bernama TV pada Isnin.
Zakiah berkata memandangkan negara masih berbelanja mengikut sasaran, justeru, dengan pengenalan pakej PERMAI, paras hutang kerajaan persekutuan dijangka kekal terurus dan tidak melebihi had yang ditetapkan.
Dari segi impak kepada pertumbuhan ekonomi, beliau tidak menafikan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua ini akan memberi kesan kepada unjuran pertumbuhan pada tahun ini.
"Bagaimanapun, kesannya dijangka lebih kecil berbanding PKP sebelum ini memandangkan hampir keseluruhan sektor ekonomi dapat beroperasi serta adanya pakej bantuan PERMAI yang disediakan bagi melengkapi inisiatif pakej rangsangan yang lepas.
"Pada masa yang sama, terdapat faktor positif yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi kita pada tahun ini termasuk harga minyak yang lebih tinggi sekitar US$50-US$55 setong berbanding US$43 setong tahun lepas," katanya.
Zakiah berkata harga minyak juga dijangka akan terus stabil selari dengan trend permintaan serta jangkaan pemulihan ekonomi.
Selain itu, eksport negara juga telah kembali kepada trend berikutan pemulihan perdagangan dengan rakan dagang utama.
Katanya, program suntikan vaksin yang dijangka bermula pada Mac depan untuk peringkat pertama, Mei untuk peringkat kedua dan September bagi peringkat ketiga akan turut membantu ke arah pemulihan aktiviti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

PERMAI dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Lapan pakej rangsangan manfaatkan lebih 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan - PM
Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion dengan tujuan memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Bakul Prihatin Negara: 4,027 permohonan diterima sejak dibuka semalam - Rina
Sebanyak 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

COVID-19: Lebih RM173.4 juta peruntukan bakul makanan setakat Julai - PM
Inisiatif yang sedang digerakkan itu dijangka memanfaatkan lebih 9.26 juta penerima dengan keseluruhan jumlah bakul makanan dianggarkan sebanyak 2.3 juta.

GKP Tambahan: Kemas kini akaun bank jika status 'Gagal Kredit'
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran menyemak status pembayaran.

Muhyiddin umum pakej 'PEMERKASA' untuk rakyat, industri petang ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan satu lagi pakej stimulus khusus untuk membantu individu dan syarikat pada petang ini.

Perkeso agih lebih RM14.1 bilion bantuan COVID-19 untuk 2.7 juta pekerja
Perkeso kini meneruskan usahanya dengan lima inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Setahun berdepan cabaran, enam fokus utama Kementerian Kewangan pulihkan ekonomi
Menurut Bank Dunia, KDNK Malaysia dijangka meningkat pada kadar 5.6 peratus hingga 6.7 peratus pada 2021.

Kepimpinan Muhyiddin bantu rakyat berhadapan cabaran COVID-19
Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional itu untuk membantu rakyat ternyata dapat dirasai.

2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR bermula hari ini - Tengku Zafrul
Seramai 2.54 juta penerima akan menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.

PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.