PUTRAJAYA: Pakej Perpaduan Internet talian tetap khusus untuk golongan B40 di negara ini akan diperkenalkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 di sini hari ini, beliau berkata Ketua Setiausaha (KSU) KKD Datuk Seri Mohammad Mentek telah diarahkan untuk membuat rundingan dengan pihak berkaitan berhubung pakej itu.
"Sebelum ini kita ada umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih untuk telefon bimbit. Selepas ini kita akan hantar KSU (buat rundingan), untuk pastikan Pakej Perpaduan bagi Internet jalur lebar talian tetap," katanya.
Sebelum ini, Fahmi mengumumkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang akan berada di pasaran mulai Februari.
Pelaksanaan pakej itu melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.
Sementara itu, Fahmi berkata syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi memainkan peranan penting dalam melengkapkan tiga peratus akses Internet di kawasan yang belum diselesaikan serta baki 97 peratus yang dikesan mempunyai pothole.
Fahmi berkata beliau dan timbalannya Teo Nie Ching akan memastikan isu Internet dalam negara diselesaikan secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 hari ini.- Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pakej Perpaduan Internet talian tetap untuk B40 akan diperkenal
Pakej Perpaduan Internet talian tetap khusus untuk golongan B40 di negara ini akan diperkenalkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.