KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan menyediakan capaian internet mampu milik menerusi Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih mampu membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan mereka.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata inisiatif berkenaan bagaimanapun seharusnya tidak melihat kepada penawaran harga sahaja, tetapi memerlukan nilai tambah yang berkesan untuk mengubah taraf ekonomi masyarakat terutamanya golongan miskin tegar.
"Internet kini jadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Oleh itu contohnya kalau suatu kelompok itu dah jadi asnaf dan menerima zakat, bagi sahaja internet percuma, tetapi dengan syarat mereka perlu dibimbing untuk menjana pendapatan melalui platform ekonomi digital.
"Misalnya, dia belajar jadi dropship atau pun e-hailing umpamanya, dan ini sekali gus mampu untuk membuatkan hasrat kerajaan menghapuskan miskin tegar pada tahun ini tercapai," katanya kepada Bernama.
Menurutnya agensi kerajaan yang berkaitan seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) boleh digerakkan untuk memberikan bimbingan serta bantuan yang diperlukan bagi menjayakan cadangan berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan inisiatif berkenaan akan dilaksanakan pada harga RM5 sebulan yang membabitkan penyertaan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.
Golongan yang disasarkan bagi pakej berkenaan ialah belia berumur hingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Saravanan Thambirajah berpendapat inisiatif ini kena pada masanya, dan kerajaan perlu melihat bagaimana ia boleh dilangsungkan bagi memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah garis kemiskinan, memandangkan internet kini memang dianggap sebagai satu keperluan dalam dunia hari ini.
"Fomca menyambut baik langkah kerajaan ini, bagaimanapun mereka yang berada di bawah paras garis kemiskinan mungkin boleh ditawarkan dengan pakej berbeza, dengan pakej bernilai RM15 atau RM20, mungkin kerajaan boleh membantu," katanya.
Semakan Bernama terhadap pakej yang ditawarkan oleh pengendali telekomunikasi mudah alih (telco) seperti CelcomDigi, Maxis, dan UMobile, antaranya menawarkan bayaran RM30 untuk 30 GB (gigabait) data dengan kelajuan 3 Mbps (megabit sesaat) selama 180 hari.
CelcomDigi dalam maklum balas bertulis kepada Bernama menyatakan sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian untuk inisiatif itu, ia akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan keterangkuman digital negara dan membawa akses mudah kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.
"Kami percaya Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih, inisiatif terbaharu kerajaan akan memberi manfaat kepada komuniti yang disasarkan, membantu meringankan kos sara hidup mereka dan membantu mereka terus berhubung dengan perkhidmatan komunikasi penting," kata CelcomDigi.
Sementara itu seorang suri rumah Stella Mariappan, 70, yang kini melanggan internet asas Unifi 30Mbps di rumah dengan bayaran bulanan RM100 mengalu-alukan inisiatif kerajaan itu, dan mengatakan bahawa beliau boleh mendapat banyak penjimatan menerusi Pakej Perpaduan jalur lebar tetap.
"Memandangkan saya seorang suri rumah dan tiada pendapatan, saya bergantung kepada sumbangan anak dan bantuan kerajaan, tetapi tawaran pakej internet ini telah mengurangkan beban saya sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang," katanya.
Syafiah Aliman, 25, pula berkata langkah itu tepat pada masanya memandangkan beliau adalah peniaga dalam talian yang memerlukan pakej internet yang lebih murah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2023
Golongan yang disasarkan bagi pakej berkenaan ialah belia berumur hingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform.- Gambar hiasan/BERNAMA
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Pakej Perpaduan Prabayar bantu golongan sasar tingkat pendapatan - Persatuan Pengguna
Inisiatif kerajaan menyediakan capaian internet mampu milik menerusi Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih mampu membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan mereka.
#SuaraMalaysia: 84 peratus responden belia mahu bantuan tunai
84 peratus responden menyatakan mereka memerlukan bantuan dalam bentuk tunai.