KUALA LUMPUR: Orang ramai secara umumnya memuji pakej Rahmah bagi perkhidmatan servis kenderaan pada kadar harga berpatutan, malah sesetengahnya berpendapat ia merupakan inisiatif terbaik diperkenalkan kerajaan bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pegawai Kanan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V. Subbarow berkata pakej itu merupakan hadiah terbaik kepada orang ramai kerana ia pastinya dapat meringankan beban ramai pemilik kenderaan.
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa kerja-kerja membaiki atau menyenggara kenderaan hari ini membabitkan kos yang tinggi, dan pengguna perlu berhati-hati dalam soal caj perkhidmatan yang ditawarkan.
"Pemilik kenderaan perlu memeriksa harga sebelum memberi kebenaran untuk kenderaan mereka dibaiki. Jangan benarkan bengkel kenderaan memberikan perkhidmatan yang buruk semata-mata kerana ia pakej Rahmah. Pengguna perlu mendapat resit bagi setiap perkhidmatan. Pakej Rahmah bukan bermakna perkhidmatan yang buruk," katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa yang berkaitan meletakkan borang-borang maklum balas di semua bengkel kenderaan yang menyediakan pakej Rahmah berkenaan, bagi memeriksa pandangan ramai pemilik kenderaan berhubung perkhidmatan yang diberikan oleh bengkel terlibat, di samping caj yang dikenakan.
Seorang pemilik kereta Proton Saga Ezzaty Mastor berkata Pakej Rahmah akan membantu menjimatkan perbelanjaannya, sekali gus membolehkan beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih selesa.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan inisiatif ini bagi jenama kereta tempatan (Proton dan Perodua). Dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih terasa, kini saya boleh pergi servis kereta," komen akauntan berumur 27 tahun itu.
Pemilik Perodua Axia, Mohamad Azli Mohd Zarin, 30, pula berkata beliau melihat Pakej Rahmah ini sebagai inisiatif besar kerajaan, namun beliau berharap bengkel-bengkel kenderaan yang menyediakan perkhidmatan itu tidak mengambil kesempatan menerusi pakej ini untuk menawarkan alat ganti lama atau menjual aksesori kenderaan yang sebenarnya tidak diperlukan.
"Agak menjengkelkan jika kita lihat bagaimana mereka cuba meraih lebih banyak keuntungan apabila ada sahaja kesempatan. Saya faham bahawa masa sukar untuk semua pihak ketika ini, tetapi perbuatan mengambil kesempatan tidak akan meninggalkan kesan yang baik kepada pelanggan.
"Saya sangat berharap pihak bengkel kenderaan hanya menyediakan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan mereka sahaja, namun dari satu segi saya amat menghargai inisiatif kerajaan yang mengambil berat soal rakyat dalam aspek penyelenggaraan kenderaan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 April mengumumkan bahawa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Proton dan Perodua telah melancarkan Pakej Rahmah untuk servis kenderaan bermotor pada harga yang lebih murah dan pakej itu sah sehingga 31 Mei.
Beliau berkata ini adalah usaha kerajaan Madani Malaysia, dan semua pihak terutamanya pemain dalam pelbagai industri seperti industri runcit, makanan dan minuman, tekstil, hospitaliti, pembuatan berasaskan makanan dan automotif; untuk membantu rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023

Seorang juruteknik melakukan pemeriksaan dan kerja-kerja servis kenderaan pelanggan sempena kempen pakej servis Rahmah di Senawang tempoh hari. - Fail/BERNAMA
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.
Zelenskiy seru gencatan senjata udara dan laut
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong cadangan gencatan senjata antara pasukan Rusia dan Ukraine di udara serta di laut.
Konvensyen dibatalkan: Switzerland batal persidangan Geneva berkait wilayah Palestin
Switzerland telah membatalkan persidangan mengenai pelaksanaan Konvensyen Geneva ke atas wilayah Palestin yang dijajah akibat kekurangan penyertaan, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu pada Khamis.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.
9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan, sekurang-kurangnya 9,500 tahanan Palestin masih meringkuk di penjara Israel termasuk 21 wanita dan 350 kanak-kanak.
Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah hari ini.
Malaysia - Thailand: Anwar - PM Thailand bincang isu banjir, sempadan
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan' kepada orang ramai.
4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan ke atas anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Pearly-Thinaah mara suku akhir Orleans Masters
Kemaraan ke peringkat lapan terbaik kejohanan Super 300 ini diwarnai saingan sengit yang menguji kematangan permainan gelanggang mereka.

Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

Enam bulan pelaksanaan, inisiatif Payung Rahmah bantu golongan B40
Inisiatif Payung Rahmah oleh kerajaan membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.

35 peratus jemaah haji PJH pilih Pakej Rahmah
Sebanyak 35 peratus daripada kira-kira 8,500 jemaah haji yang mengikuti pakej oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) memilih Pakej Rahmah Haji yang menawarkan harga di bawah RM50,000.

Ketua isi rumah B40 disaran berbelanja di pasar raya tawar diskaun di bawah Pakej Rahmah
Ketua isi rumah B40 disaran supaya berbelanja di pasar raya yang bersetuju menawarkan diskaun di antara tiga hingga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah.