KUALA LUMPUR: Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' yang sedang berlangsung di Fahrenheit88, Bukit Bintang, di sini dari 11 Ogos hingga 30 Sept ini dapat menerap dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata setiap karya pada pameran itu kekal relevan sebagai wadah komunikasi yang sangat berkesan dalam menyalurkan mesej tentang kepentingan kesepaduan sosial sebagai pemangkin keharmonian masyarakat sekeliling.
"Ini ialah warisan kita dalam bentuk gambar atau seni visual. Ia seharusnya menjadi ejen saluran informasi dan mesej positif kepada masyarakat sekeliling sebagai usaha pembentukan jati diri bangsa dan perpaduan nasional.
"Pameran ini dibuat bagi menunjukkan proses penubuhan negara, Rukun Negara ... jadi pengunjung yang hadir, melihat sejarah asas perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kartun itu semalam.
Pameran Kartun Seiring Sejalan ialah program anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (ANM), Fahrenheit88 dan Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan We Are Greater Together bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, tahun ini.
Pameran kartun itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya generasi muda bahawa seni visual mampu menjadi wadah komunikasi yang sangat berkesan dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengarah ANM Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman ketika berucap berkata pameran kartun itu mempamerkan himpunan koleksi kartun berkaitan perpaduan masyarakat Malaysia, peristiwa kemerdekaan serta tokoh-tokoh Perdana Menteri terdahulu yang terdapat dalam simpanan ANM.
"Pameran ini memaparkan lebih 60 karya seperti kartun, komik, karikatur dan animasi dihasilkan 50 artis tempatan, yang diharapkan dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami sejarah negara ini dari sebelum, semasa dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
"Kami percaya bahawa seni mampu menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik dalam menyampaikan mesej berkenaan isu semasa dengan pendekatan yang mudah difahami oleh masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur," katanya.
Pameran kartun itu yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan setiap hujung minggu seperti Flea Market, Sembang Santai dengan Kartunis Otai serta Bengkel Melukis Kartun dan Komik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Aaron ketika hadir pada Pameran Kartun Seiring Sejalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
70,566 OKU pencari kerja, berjaya ditempatkan - Abdul Rahman
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Parlimen antara strategi untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan dengan pelaksanaan program Return to Work iaitu program pengurusan hilang upaya, membantu pencarum yang cedera atau menghadapi penyakit untuk dipulihkan dan dikembalikan kerja lebih awal.
Sehingga 31 Disember 2024, seramai 70,566 pencari kerja OKU dan serta pekerja Return to Work telah berjaya ditempatkan pekerjaan.
Sehingga 31 Disember 2024, seramai 70,566 pencari kerja OKU dan serta pekerja Return to Work telah berjaya ditempatkan pekerjaan.

Lelaki bunuh, bakar ibu direman tujuh hari
Perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 43 tahun merupakan pemegang kad OKU mental itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Keputusan Jemaah Menteri mesti jelas disampai kepada rakyat - PM
Keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentang esok
Apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Noussair Mazraoui santuni komuniti muslim Manchester United di Old Trafford
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga."
AWANI Pagi: Menilai sejarah panjang Majlis Media Malaysia, integriti hari ini
Majlis Media Malaysia telah melalui pelbagai fasa dalam sejarahnya. Namun, sejauh mana ia mampu mempertahankan integriti dan kebebasan media hari ini? Sertai perbincangan eksklusif dalam #AWANIPagi bersama Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican // Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM) membongkar perjalanan panjang serta cabaran Majlis Media Malaysia dalam dunia kewartawanan.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
MWC 2025: AI, telefon pintar baharu dan masa depan teknologi mudah alih
Mobile World Congress (MWC) 2025 bakal menjadi salah satu acara teknologi paling mendebarkan tahun ini. Dengan kemajuan AI, pelancaran telefon pintar utama, dan inovasi terbaru dalam teknologi mudah alih, apakah yang bakal mencuri tumpuan di pentas global? Harits Asyraf Hasnan membawa sorotan terkini mengenai revolusi teknologi yang akan membentuk masa depan industri ini.

“Harga kotak lebih mahal dari kurma” - PM tegur budaya pembaziran di bulan Ramadan
PM Anwar tegaskan, aspek kemanusiaan perlu diberi perhatian agar umat Islam lebih insaf, bukan sekadar memeriahkan acara berbuka puasa.

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' jadi wadah terap semangat perpaduan - Aaron
Setiap karya itu relevan sebagai wadah komunikasi yang berkesan bagi menyalurkan mesej kesepaduan sosial sebagai pemangkin keharmonian.