KUALA LUMPUR: Pusat Pendidikan Korea di Malaysia menganjurkan Pameran Pendidikan Korea 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Hotel Hilton Kuala Lumpur, di sini.
Pameran dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Korea Selatan dan Institut Kebangsaan bagi Pendidikan Antarabangsa di bawah Kementerian Pendidikan negara itu disertai 55 universiti Korea bagi memberikan maklumat mengenai kemasukan ke universiti, peluang biasiswa dan prospek kerjaya.
Dalam kenyataan pada Jumaat, kedutaan berkenaan memaklumkan pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
"Jumlah universiti Korea yang menyertai pameran tahun ini meningkat lebih tiga kali ganda berbanding tahun sebelum ini sekali gus mencerminkan minat yang tinggi universiti berkenaan dalam menarik pelajar cemerlang Malaysia," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, majlis perasmian pameran tersebut pada hari ini dihadiri Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-bae dan pegawai daripada Bahagian Perhubungan Antrabangsa Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pada majlis itu Yeo sempat menekankan mengenai inisiatif kerajaannya bagi menarik pelajar antarabangsa termasuk memperluaskan Program Biasiswa Kerajaan bagi pelajar Malaysia dan melonggarkan syarat bagi pengeluaran visa.
Selain itu, kenyataan tersebut memaklumkan wakil daripada kira-kira 20 universiti Korea telah mengadakan lawatan ke beberapa universiti tempatan termasuk Help University dan INTEC Education College serta sekolah yang mempunyai program Bahasa Korea seperti Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor dan SMS Alam Shah, semalam.
"Mereka membincangkan langkah untuk mengukuhkan kerjasama pendidikan dengan Malaysia dan mengadakan Sesi Khidmat Maklumat bagi Penuntut Luar Negara bersama para pelajar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan. - Foto Korea Education
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.