KUALA LUMPUR: Lebih 272 koleksi dan item berkaitan Institusi Yang di-Pertuan Agong serta koleksi peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara bermula esok.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pameran khas yang berlangsung sehingga 29 Sept itu antara lain mempamerkan koleksi regalia Persekutuan, koleksi peribadi Seri Paduka Baginda berdua, koleksi pinjaman dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Muzium Diraja Abu Bakar Johor.
Beliau berkata terdapat juga koleksi bersejarah seperti manuskrip dan dokumen perjanjian berkaitan Institusi Raja daripada agensi lain termasuk Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Lebih menarik, elemen utama yang diketengahkan dalam pameran itu ialah berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang ditandatangan dan diisytiharkan oleh Sultan Abu Bakar pada 14 September 1895 di Istana Besar Johor, katanya.
"Pameran ini juga diadakan sebagai satu inisiatif untuk mengangkat Institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan agar ia terus terpelihara sebagai lambang kedaulatan yang memayungi setiap rakyat negara ini.
"Ini membolehkan rakyat menghayati Institusi Yang di-Pertuan Agong di samping mengenali dengan lebih dekat lagi keperibadian Seri Paduka Baginda, sekali gus menyemarakkan slogan 'raja dan rakyat berpisah tiada', " katanya pada majlis perasmian Pameran Raja Kita di sini, hari ini.
Pameran khas itu dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fahmi merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A.Kasim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Pameran Raja Kita di Galeri 1 dan 2 di Muzium Negara merupakan sebahagian daripada acara yang disusun sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung Sabtu lepas.
Aaron berkata pameran itu menterjemahkan kepada rakyat mengenai Institusi Raja Berperlembagaan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri, harus dipertahankan dan diperjuangkan sebagai kedaulatan negara bangsa selaras Rukun Negara yang kedua, Kesetiaan Kepada Raja dan Negera.
Beliau berkata institusi itu penting kerana ia menjadi 'payung kedaulatan negara' menaungi seluruh rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan etnik seterusnya mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang sayangkan negara, patriotik dan bersatu padu kerana raja adalah simbol payung negara.
"Melalui pelbagai program yang dilaksanakan kementerian ini, penghayatan terhadap nilai-nilai penting Rukun Negara akan terus diperkasakan di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
"Usaha-usaha ini akan terus dipergiatkan lagi sempena Sambutan 55 Tahun Rukun Negara tahun depan," katanya.
Aaron seterusnya memaklumkan Muzium Diraja di Jalan Istana akan dibuka semula kepada orang awam pada tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Fahmi Fadzil (tiga kiri) merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.