MIRI: Kontraktor yang terlibat dengan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak perlu fokus memastikan pakej kontrak jalan raya dengan siap dengan sempurna bagi memastikan keselamatan dan keselesaan sentiasa berada pada tahap tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata hal ini bagi memastikan tiada kerosakan berterusan kepada laluan LPB jika perincian kerja-kerja pembinaan dibuat sambil lewa.
“Lubang jalan dan sebagainya perlu ditutup, kalau tidak ia akan menimbulkan masalah (keselamatan dan kemalangan).
“Kalau kita lihat jalan yang sedia ada, berlaku mendapan, ia menyukarkan proses membaiki dan sebagainya dengan keadaan jalan yang sudah dibuka kepada trafik,” katanya.
Beliau berharap agar pihak kontraktor dan perunding memberi tumpuan penuh kepada faktor turapan jalan sebelum membuka kepada masyarakat umum.
“Biar turapan sempurna sebelum jalan dibuka kepada umum, jika sudah siap dengan satu sehingga dua lapisan turapan, dikhuatiri akan rosak kerana tidak mampu menampung berat muatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas secara keseluruhan perkembangan projek LPB Sarawak selepas menamatkan Program FTRoadPedia Lebuhraya Pan Borneo 2022 di sini pada Sabtu.
Sepanjang tempoh tiga hari dari 9 Jun lalu, rombongan peserta program menaiki bas menelusuri laluan LPB sejauh 786 kilometer dari Kuching sehingga ke Miri.
Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata, kemajuan pembinaan LPB Sarawak disifatkan lebih pantas berbanding Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Menurutnya, meskipun berdepan cabaran bentuk muka bumi dan faktor geografi pembinaan itu dapat dilaksanakan dengan lancar.
Shafik Ahmad
Sat Jun 11 2022


Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Pan Borneo: Pastikan projek jalan raya sempurna, jangan asal siap sahaja - Zulkefly
Kontraktor yang terlibat dengan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak perlu fokus memastikan pakej kontrak jalan raya siap dengan baik.

Projek Pan Borneo Sabah disambung, beri manfaat besar kepada rakyat
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang akan disambung semula bakal menjadi pemangkin kepada kepesatan pembangunan industri di negeri itu.

Butiran terperinci projek Pan Borneo diumum 20 Feb ini - Baru Bian
Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan butiran terperinci termasuk kos sebenar projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pada 20 Feb ini.

Jambatan dalam pembinaan runtuh di Miri
Bagaimanapun punca kemalangan jambatan dari arah Permaijaya ke Lapangan Terbang Miri tersebut masih belum diketahui.

Projek Pan Borneo pemacu ekonomi Sabah
Projek Pan Borneo mampu memacu ekonomi rakyat di Sabah dengan memainkan peranan menyokong pertumbuhan industri baru.

Najib saksi perjanjian bina Pan Borneo Sabah
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan merubah landskap infrastruktur dan menghubung bandar-bandar utama di Sabah dengan lebih efisien, selesa dan selamat buat 3.74 juta penduduk di negeri itu.