SHAH ALAM:Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang tadi itu, seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun telah memandu melawan arus di lebuh raya itu menghala ke pusat bandar Shah Alam, menyebabkan kemalangan di kilometer (KM) 3.1 dan KM6.6.
"Kemalangan pertama di KM 3.1 menyebabkan seorang pemandu kereta jenis Honda City berusia 33 tahun cedera, apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu warga emas berkenaan, manakala di kemalangan di KM6.6 sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan kereta itu selepas gagal mengelak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baharudin berkata pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu.
"Siasatan awal mendapati, suspek memandu dari rumah di Seksyen 8 dan hendak ke pasar raya Tesco di Seksyen 13, tetapi dia telah tersalah jalan dan memasuki Lebuhraya LKSA, setibanya di Plaza Tol Sri Muda beliau tidak mempunyai kad 'Touch n Go', lalu berpatah balik melawan arus untuk balik ke rumah," katanya.
Terdahulu tular satu video di media sosial melihatkan sebuah kereta dipandu melawan arus di bandar ini.
Pemandu kereta berkenaan dilihat tidak memberhentikan kereta walaupun disuruh pengguna jalan raya yang merakam perbuatan berkenaan, dan hanya berhenti selepas terlibat dengan kemalangan secara berhadapan dengan sebuah kereta yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020

Terdahulu tular satu video di media sosial melihatkan sebuah kereta dipandu melawan arus di bandar ini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemandu lawan arus di PLUS akibatkan kemalangan tiga kenderaan
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu sebuah treler dengan muatan sarung tangan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor.

Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan
Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang tadi.

Pandu lawan arus: Model sambilan bebas pertuduhan masukkan dadah dalam badan
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati ujian air kencing tertuduh negatif selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya.