SINGAPURA: Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengadakan kunjungan ke atas Menteri Negara Kanan Pertahanan Singapura Zaqy Mohamad di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa, sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalannya ke republik itu.
Mindef berkata semasa mesyuarat itu, mereka mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan yang kukuh antara Tentera Singapura dan Malaysia dan membincangkan usaha berterusan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.
"Lawatan Muhammad Hafizuddeain itu menekankan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan telah lama terjalin antara Singapura dan Malaysia," menurut Mindef dalam satu kenyataan, Selasa.
Sempena lawatan tiga hari itu yang bermula 22 Julai, beliau turut melawat Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng dan Panglima Tentera Darat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Mejar Jeneral David Neo, selepas memeriksa kawalan kehormatan di Mindef.
Muhammad Hafizuddeain turut melawat Komando Angkatan Tentera Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, yang berpeluang melihat demonstrasi Latihan Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Latihan Payung Terjun di Kemudahan Latihan Tentera Udara.
Beliau juga berpeluang menaiki Light Strike Vehicle Mark II dan mengambil bahagian dalam tembakan dengan HK416 Assault Rifle menggunakan Man Marking Rounds.
Semasa lawatan itu, Muhammad Hafizuddeain juga bertukar sayap payung terjun dengan Neo.
Tentera Darat Singapura dan Tentera Darat Malaysia bekerjasama dan berinteraksi secara berkala melalui pelaksanaan latihan seperti Eksesais Semangat Bersatu (XSB) dua hala tahunan, lawatan peringkat tinggi, pertukaran profesional dan kehadiran silang kursus profesional.
Mindef berkata interaksi tetap ini telah meningkatkan persefahaman bersama dan hubungan profesional antara anggota kedua-dua angkatan tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Muhammad Hafizuddeain memeriksa kawalan kehormatan di Mindef ketika mengadakan lawatan pengenalan ke Singapura, 23 Julai 2024. - Facebook Mindef Singapore

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.