Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menggariskan empat cabaran yang perlu ditempuhi oleh pasukan itu dalam memantapkan ketumbukan tahun ini.
Empat cabaran itu ialah defisit fiskal, persepsi, persekitaran dan pengaruh sosial, serta penyalahgunaan media sosial yang bukan sahaja memberi impak kepada perkhidmatan TLDM tetapi juga warganya, kata beliau.
"Impaknya dari segi pengurangan bajet perbelanjaan, selain operasi kapal yang berumur melebihi 30 tahun dan memerlukan kos tinggi.
"Selain itu, cabaran penyalahgunaan media sosial yang menjurus kepada kebocoran maklumat keselamatan, penyebaran dakyah ekstremisme seperti Daesh dan penggunaan gajet tidak terkawal, menyebabkan kualiti kerja terjejas," katanya yang ditemui pemberita pada majlis penyampaian perutusan dan amanat Panglima TLDM 2017, di sini hari ini.
Selain itu katanya warga TLDM juga perlu meningkatkan integriti dan prestasi pasukan dengan memastikan mereka tidak terjebak dalam gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Ini untuk memastikan profesionalisme TLDM tidak tercemar dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak, terutamanya rakyat serta keselamatan negara," katanya.
Mengenai Program Transformasi Armada '15 to 5' yang dilancarkan tahun lepas, Ahmad Kamarulzaman berkata program itu akan diteruskan dan kini berada di landasan yang ditetapkan.
Mengenai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 dari 21 hingga 25 Mac depan, beliau berkata walaupun keadaan ekonomi tidak menentu sekarang, pameran itu diyakini akan mendapat sambutan.
LIMA 2017 dijangka membawa kelainan dari segi impak kepada industri pertahanan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat luar, katanya.
Pada majlis itu TLDM turut melancarkan kempen "Hindari Salah Guna Media Sosial" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan etika warga TLDM dalam penggunaan media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menggariskan empat cabaran yang perlu ditempuhi pasukan itu tahun ini. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Armada TLDM dipecahkan kepada pemerintahan Armada Barat dan Timur - Panglima TLDM
Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dipecahkan kepada dua iaitu pemerintahan Armada Barat dan Armada Timur untuk memberi tumpuan dan perhatian yang tinggi kepada keselamatan.

Panglima TLDM garis empat cabaran sepanjang 2017
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menggariskan empat cabaran yang perlu ditempuhi oleh pasukan itu dalam memantapkan ketumbukan tahun ini.