KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di pantai barat Sabah dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan tanah mendap akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada lewat petang ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah ketika dihubungi memberitahu pemantauan dijalankan di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran yang dilanda banjir kilat antaranya Likas, Penampang, Menggatal, Tebobon, Kolombong, Telipok, Rugading dan Gayang.
Tinjauan dijalankan mendapati beberapa jalan turut dilanda banjir kilat dan masih mengakibatkan kesesakan teruk sehingga berita ini ditulis malam ini antaranya Jalan Tuaran Bypass, Jalan Universiti Malaysia Sabah, Jalan Kibabaig Penampang, Jalan Likas, Jalan Menggatal dan Jalan Kayu Madang.
"Cuaca masih hujan di beberapa kawasan malam ini tetapi tidak lebat seperti petang tadi, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati kerana masih lagi ada jalan yang ditenggelami banjir kilat ini. Setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini melibatkan orang ramai yang diterima," katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima laporan kejadian kejadian tanah runtuh petang ini di Skim Penempatan Telipok, Tuaran akibat hujan lebat berterusan itu.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan itu pada 3.41 petang tadi dan pihaknya memndapati dua rumah kediaman jenis tidak kekal telah musnah akibat bencana tersebut.
"Sebuah rumah berpenghuni manakala sebuah lagi tidak berpenghuni. Tiada mangsa terlibat dan setelah pemantauan mendapati tiada lagi bahaya di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pukul 5.25 petang tadi," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu kejadian tanah mendap dikesan di kawasan Telupid akibat hujan lebat itu petang ini mengakibatkan sebahagian Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dekat Kampung Lumou tidak dapat dilalui kenderaan.
"Tanah mendap itu juga mengakibatkan pembentung jalan beralih tempat, kerja pembaikan antaranya pemasangan pembentung sementara sedang dijalankan. Jalan itu hanya boleh dilalui satu lorong masa ini dan tiada jalan alternatif untuk laluan itu," katanya.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari, namun ia diramal bermula esok.
Berdasarkan ramalan cuaca signifikan itu, keadaan itu menurut MetMalaysia diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Beberapa kawasan di pantai barat Sabah dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan tanah mendap akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada lewat petang ini. - Gambar fail/Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pantai barat Sabah dilanda banjir kilat
Antara daerah yang terjejas adalah Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Membakut.