BANTING: Kawasan Pantai Sungai Kajang di Tanjong Karang yang disita baru-baru ini adalah hutan simpan paya bakau di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menyita kawasan itu adalah langkah untuk memelihara hutan simpan paya bakau tersebut.
"Kita nak pelihara pokok paya bakau di kawasan itu kerana telah berlaku pencerobohan yang merosakkan persekitaran terutama pokok itu.
"Bukan kita nak sekat pengunjung yang datang (keluar beriadah). Kita nak menjaga alam sekitar di sana. Terlalu ramai orang di kawasan itu," katanya pada pemberita selepas pelancaran Festival Tanglung dan Bunga di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di sini malam tadi.
Mengulas sama ada sebarang tindakan bakal diambil terhadap binaan yang telah dibina di kawasan itu, Hee berkata beliau akan berbincang dengan Pengarah JPNS Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berhubung perkara tersebut.
Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi sebelum ini menggesa JPNS untuk memberi penjelasan berhubung tindakan sita yang dibuat pada 10 Jan lepas.
Dalam perkembangan lain, Hee berkata kerajaan negeri akan membangunkan sistem permohonan permit dalam talian untuk memudahkan kemasukan pengunjung ke kawasan hutan simpan yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
Katanya setakat ini, permohonan permit untuk memasuki kawasan hutan simpan masih dilakukan secara manual iaitu di JPNS.
Kelmarin, JPNS memaklumkan pembukaan semula Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di Selangor bermula 1 Feb depan dan ia meliputi enam Taman Eko Rimba serta jalur pendakian di tiga kawasan iaitu daerah Hutan Hulu Selangor, Hutan Selangor Tengah dan Hutan Pantai Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Pantai Sungai Kajang Tanjung Karang. - Gambar fail BERNAMA

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.

Pantai Sungai Kajang adalah kawasan hutan simpan paya bakau
Tindakan JPNS menyita kawasan itu adalah langkah untuk memelihara hutan simpan paya bakau tersebut.