GEORGE TOWN: Kira-kira 300 nelayan pantai di Teluk Kumbar, dekat Bayan Lepas Pulau Pinang bimbang terputus mata pencarian berikutan masalah pencemaran laut yang semakin serius berlaku di perairan itu ketika ini.
Kejadian tersebut yang berlaku sejak lebih lima tahun yang lalu ini menyebabkan hasil laut seperti ikan, udang, ketam, kerang dan siput yang menjadi sumber tangkapan utama mereka diancam kepupusan
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader memaklumkan, tinjauan yang dilakukan pihaknya mendapati pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kotoran dari beberapa buah kampung dan taman perumahan penduduk berhampiran.
“Nelayan yang ditemui turut mendakwa bahan kotoran tersebut dibuang ke dalam sungai di situ dan terus ke laut menyebabkan air bertukar warna menjadi hitam dan berbau busuk” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Seorang nelayan, Bakri Bakar, 56, mengakui, hasil tangkapan nelayan di situ semakin berkurangan sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Kami kesal walau pun masalah ini sudah lama berlaku namun tidak ada tindakan bagi mengatasinya diambil oleh pihak bertanggungjawab” ujarnya.
Menurut Bakri, perairan 100 meter dari pantai Teluk Kumbar telah tercemar oleh sisa kotoran dan sampah sarap dan bahan- bahan itu terdampar di tepi pantai akibat dibawa arus menyebabkan kawasan tersebut berbau busuk.
Sehubungan itu, Mohideen berkata, pihaknya menggesa kerajaan Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.
Menurutnya, sekiranya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, dibimbangi kejadian pencemaran di sungai dan laut di situ akan menjadi lebih serius.
Lebih membimbangkan apabila para nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan di kawasan tersebut akan kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Apr 29 2022

Nelayan pantai di Teluk Kumbar bimbang terputus mata pencarian berikutan masalah pencemaran laut yang semakin serius berlaku di perairan itu ketika ini. - Gambar ihsan CAP

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Pantai Teluk Kumbar diancam pencemaran - CAP
Kejadian sejak lima tahun lalu menyebabkan hasil laut seperti ikan, udang, ketam, kerang dan siput diancam kepupusan.