ALOR SETAR: Bacaan paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut berikutan cuaca panas yang berterusan di Kedah.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam satu hantaran melalui laman media sosial Facebook memaklumkan sungai berkenaan ialah Sungai Melaka dan Sungai Kuah.
"Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 4 petang tadi, paras air di Sungai Melaka susut ke 2.50 meter berbanding paras normal iaitu 2.90 meter. Paras air di Sungai Kuah pula 0.26 meter berbanding paras normal iaitu 1.50 meter," menurut syarikat itu.
SADA turut memaklumkan sumber air mentah iaitu air sungai merupakan unsur penting dalam keseluruhan proses rawatan air dan tanpa sumber air mentah yang mencukupi dari aspek kuantiti dan kualiti, loji rawatan air (LRA) tidak dapat beroperasi pada kadar normal.
"Sungai Melaka yang menjadi sumber bekalan air mentah utama untuk LRA Padang Saga 3 dan LRA Bukit Kemboja mula mengalami kemerosotan sejak seminggu yang lepas dan keadaan itu berterusan hingga hari ini.
"Sebarang aduan atau pertanyaan, boleh menghubungi talian 1300-88-0017 atau Bilik Gerakan Langkawi 04-9610546. Maklumat berkenaan gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Facebook, TikTok dan laman sesawang rasmi SADA iaitu www.sada.com.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Bacaan paras air dua sungai di Langkawi semakin menyusut berikutan cuaca panas yang berterusan di Kedah. - Foto Facebook SADA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.

Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Jumlah mangsa banjir di Perak, Kelantan, Johor kekal pagi ini
Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.

Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat
Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini menempatkan 31 mangsa daripada sembilan keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Johor sedikit meningkat pagi ini
PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga manakala di SK Gambut, 39 mangsa daripada 11 keluarga.

Banjir: Kelantan dan Terengganu catat peningkatan mangsa
Di Kelantan, 13 PPS diaktifkan di Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, di Terengganu, empat PPS diaktifkan, semuanya di Hulu Terengganu.

Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.

Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia
Berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.

Mangsa banjir di tiga negeri menurun, Perak meningkat, Melaka kekal
Jumlah mangsa di Kedah yang kesemuanya dari daerah Kota Setar, menurun kepada 243 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi ini.