Paras air di Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir, ketika ini dalam keadaan terkawal dan tidak berbahaya, kata Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mustapha Kamal Yaacob.
Beliau berkata TNB sentiasa memantau paras air di Empangan Kenyir dan siren amaran akan dibunyikan sekiranya berlaku peningkatan pada paras amaran dan bahaya.
"Dalam tempoh lebih 30 tahun Empangan Kenyir dibina, paras air paling tinggi pernah dicatatkan ialah 148 meter iaitu pada 2014 ketika banjir melanda seluruh negara. Paras ini masih di bawah paras amaran iaitu 150 meter manakala paras bahaya pula 153 meter.
"Jadi orang ramai tidak perlu risau dan percaya jika ada khabar angin yang tersebar mengenai banjir dan isu keselamatan Empangan Kenyir," katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Latihan Amal Simulasi Keselamatan Empangan Kenyir 2018, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sinim hari ini.
Seramai 523 penduduk dari 10 buah kampung yang berada berhampiran Empangan Kenyir menyertai latihan itu yang dilaksanakan setiap tahun sejak 2016.
EMPANGAN-TNB 2 (AKHIR) KUALA BERANG
Antara kampung terlibat termasuk Kampung Dura, Kampung Baung, Kampung Kuala Pueh, Kampung Gaung dan empat buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Pauh, SK Kuala Dura, SK Padang Setengga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor.
Mengulas lanjut, Mustapha Kamal berkata selain pemantauan paras air, pemeriksaan secara berkala juga dijalankan bagi memastikan empangan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik kerana ia membabitkan isu keselamatan orang ramai.
"Kemungkinan untuk berlaku perkara-perkara yang tidak diingini adalah terlalu kecil kerana pemeriksaan secara mingguan, bulanan dan setiap 10 tahun sekali kita akan panggil pakar dari luar negara untuk buat pemeriksaan.
"Selain itu, kita juga ada pelbagai alatan untuk mengukur bermacam-macam perkara yang boleh menggugat ketidakstabilan pada empangan seperti gegaran, pergerakan empangan dan sebagainya," katanya.
Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer persegi itu mula dibina pada tahun 1978 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1985 manakala kawasan tadahannya adalah seluas 1,260 kilometer persegi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
Dalam tempoh lebih 30 tahun Empangan Kenyir dibina, paras air paling tinggi pernah dicatatkan ialah 148 meter iaitu pada 2014 ketika banjir melanda seluruh negara. - Gambar fail
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Latih amal pelan tindakan kecemasan Empangan Kenyir pastikan kesiapsiagaan tahap optimum
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini berkata orang awam dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin.
Paras air Empangan Kenyir terkawal - TNB
TNB sentiasa pantau paras air di Empangan Kenyir dan siren amaran akan dibunyikan jika berlaku peningkatan pada paras amaran dan bahaya.