PENDANG: Penduduk di daerah Pendang diminta supaya menyimpan dokumen penting dan mengalihkan barangan ke tempat tinggi berikutan paras air Sungai Pendang telah melepasi amaran.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sehingga jam 8 malam tadi bacaan air Sungai Pendang menunjukkan paras amaran 2.52 meter, iaitu melebihi paras normal 2.30 meter.
“Hujan berterusan selama dua hari telah menyebabkan paras air sungai meningkat dan kita bimbang ia akan melimpah memasuki rumah penduduk.
“Menerusi pemantauan anggota, hanya dua rumah penduduk di Kilang Taugeh dinaiki air.
“Namun penghuninya tidak dipindahkan kerana tinggal di tingkat atas rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, ketika ini pemantauan masih dilakukan di empat kampung berhampiran Sungai Pendang bagi membantu penduduk sekiranya banjir berlaku.
"Kampung yang berisiko dilanda banjir adalah Kampung Seberang Pendang, Kampung Banggol Kambing, Kilang Taugeh dan Belakang Balai Bomba,” ujarnya.
Yuslina memaklumkan, anggota APM kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya hujan lebat turun lebih dua jam berlakunya banjir.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Aug 04 2022

Kampung yang berisiko dilanda banjir adalah Kampung Seberang Pendang, Kampung Banggol Kambing, Kilang Taugeh dan Belakang Balai Bomba. - Astro AWANI

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.

Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Jumlah mangsa banjir di Perak, Kelantan, Johor kekal pagi ini
Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.

Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat
Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini menempatkan 31 mangsa daripada sembilan keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Johor sedikit meningkat pagi ini
PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga manakala di SK Gambut, 39 mangsa daripada 11 keluarga.

Banjir: Kelantan dan Terengganu catat peningkatan mangsa
Di Kelantan, 13 PPS diaktifkan di Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, di Terengganu, empat PPS diaktifkan, semuanya di Hulu Terengganu.

Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.

Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia
Berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.

Mangsa banjir di tiga negeri menurun, Perak meningkat, Melaka kekal
Jumlah mangsa di Kedah yang kesemuanya dari daerah Kota Setar, menurun kepada 243 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi ini.