KUALA TERENGGANU: Paras air di empangan seluruh negara ketika ini masih berada pada tahap 'selesa', meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan air di empangan seluruh negara, masih lagi mencukupi untuk menampung keperluan seharian penduduk.
"Berdasarkan ramalan Meteorologi Malaysia pun cuaca panas tahun ini tidak seteruk tahun lepas dan kadar kelembapan ketika ini agak tinggi. Cuma, terdapat isu-isu (gangguan bekalan air) yang berlaku contohnya di Baling, Kedah dan isu tersebut telah pun diatasi kerajaan negeri.
"Kita akui ada tempat-tempat yang mengalami masalah (gangguan bekalan air) dan kita ambil tindakan melalui operator air di negeri-negeri untuk menghantar air (kepada pengguna) melalui lori dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Kerja Undi di bawah peruntukan KASA, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Paras air empangan di seluruh negara kini mencatat tahap storan melebihi 70 peratus.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata Majlis Cabutan Kerja Undi itu melibatkan 103 kerja-kerja bagi projek pemulihan sungai yang akan dilaksanakan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk mengurangkan risiko bencana banjir di semua daerah di Terengganu.
Katanya, secara keseluruhanya, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai di Terengganu pada tahun ini dengan fasa pertama melibatlkan nilai RM4.8 juta yang diundi hari ini.
"Kerja Undi hari ini melibatkan nilai projek di bawah RM100,000 bagi kontraktor kelas G1 bertujuan membantu mereka menjana semula ekonom akibat terjejas dengan penularan pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
![Paras empangan seluruh negara masih baik - Tuan Ibrahim Paras empangan seluruh negara masih baik - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615714216_EmpanganTelukBahan.jpg)
Takungan air di Empangan Teluk Bahang (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus pada 12 Mac berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini. - Foto BERNAMA
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Sungai Golok 'mengepung', penduduk berlumba selamatkan harta Sungai Golok 'mengepung', penduduk berlumba selamatkan harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735562815_TBSUNGAIGOLOK.jpg)
Sungai Golok 'mengepung', penduduk berlumba selamatkan harta
Penduduk kini bagaikan berlumba dengan masa, berusaha menyelamatkan apa sahaja yang mampu sebelum arus banjir menelan segalanya.
![MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732626297_tbGuaMusang.jpg)
MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan
Jambatan itu tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas.
![Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732150786_MohdKhairiKhairudi.jpg)
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
![Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728979995_SUNGAIKLANG.jpg)
Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya
Bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya, berbanding bacaan normal 39.4m.
![MADA sentiasa pantau paras air empangan MADA sentiasa pantau paras air empangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710666507_EmpanganMuda.jpg)
MADA sentiasa pantau paras air empangan
Perkara itu selaras dengan SOP Pelan Tindakan Kecemasan Keselamatan Empangan MADA bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
![Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660752830_TBNORAZAM.jpg)
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
![Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958611_EmpanganTimahTasoh.jpg)
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
![Paras empangan masih kritikal, Perak sedia syor OPA semula- Exco Paras empangan masih kritikal, Perak sedia syor OPA semula- Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694492646_tbMohammadNizar.jpg)
Paras empangan masih kritikal, Perak sedia syor OPA semula- Exco
Walaupun telah beberapa kali OPA dilakukan dan kawasan itu mengalami hujan, namun ia tidak mengubah paras air empangan.
![Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722293307_SultanPerakSultan.jpg)
Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan tinjau keadaan semasa di Taman Tasik Taiping
Baginda berdua melihat sendiri keadaan paras air di taman tasik itu yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering sejak lebih dua bulan.
![Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722004066_TBTasikTaiping.jpg)
Pengurangan isipadu kolam Taman Tasik Taiping hampiri 70 peratus
Paras air sungai yang menjadi antara sumber air juga didapati menurun dan memberi kesan kepada tahap air di dalam tasik atau kolam di taman itu.