Skip to main content

Malaysia

Parlimen: 33,094 unit rumah siap dibina masih tidak terjual

Nga Kor Ming berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 293 unit atau 0.9 peratus berbanding 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Nga Kor Ming berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 293 unit atau 0.9 peratus berbanding 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33,094 unit rumah siap dibina masih belum terjual di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM17.8 bilion bagi suku kedua tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 293 unit atau 0.9 peratus berbanding 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun ini.

"Jumlah ini menunjukkan isu lambakan rumah siap dibina tetapi tidak terjual masih menjadi cabaran dalam pasaran perumahan negara," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah rumah siap dibina tetapi belum terjual bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Menurut Kor Ming, keadaan itu secara umumnya berpunca daripada ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran apabila rumah yang dibina tidak memenuhi keperluan penduduk setempat dari segi kuantiti, kualiti serta harga berbanding pendapatan.

Advertisement

"Sehubungan itu, menerusi Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035, KPKT memberi penekanan kepada perancangan pembangunan perumahan yang lebih bersasar dan berasaskan data, dengan mengambil kira kemampuan pendapatan, keperluan perumahan serta permintaan sebenar mengikut lokaliti.

"KPKT juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak industri bagi memastikan pembangunan perumahan lebih seimbang dengan permintaan pasaran," katanya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko lambakan rumah tidak terjual, selain meningkatkan akses rakyat kepada kediaman berkualiti, mampu milik dan berdaya huni.

 

Must Watch Video

Advertisement