KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus menjalankan penguatkuasaan secara bersasar dan berkala bagi mengesan penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sudah tidak layak menyewa di perumahan tersebut.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan tegas perlu dilakukan bagi memastikan unit tersebut dikosongkan segera bagi membolehkan penyewa baharu masuk.
Menurutnya, setakat September 2021, sebanyak 1,654 permohonan telah diluluskan dengan 686 pemohon telah ditawarkan unit rumah manakala 968 yang lain masih menunggu tawaran unit kosong.
Jelasnya, faktor utama tiada unit kosong ialah pertamanya, unit sedang dibaik pulih.
Kedua, kewujudan penyewa melepasi kadar kelayakan tapi masih enggan keluar dan ketiga, tiada sebarang projek PPR baharu untuk penyewa.
“Kita akan buat penguatkuasaan secara berkala, tidak ada kompromi. Bila kita dapati ada sublet, kita akan terus rampas unit. Kalau kita dapati tidak tinggal di sana, kita akan rampas.
“Kalau kita dapati ketua penyewanya terlibat dadah, maksiat, terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan negara, kita akan rampas. Ini adalah tindakan berterusan pihak penguatkuasaan.
“Dalam data kita, ada 350 unit (melanggar syarat menyewa) yang pada setiap tahun boleh kita buat pengosongan untuk kita tawarkan kepada pemohon yang dalam senarai menunggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (PH - Kepong) dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Tambah beliau, setakat September 2021, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mempertimbangkan 10,138 permohonan dan jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 2019.
“Pada 2019, kita ada 1,543 permohonan rumah PPR yang nak menyewa. Pada tahun 2020, ada 6,922 pemohon.
“Ini mungkin kerana ada yang kehilangan pendapatan, kehilangan tempat tinggal, kehilangan kemudahan untuk teruskan penyewaan di rumah-rumah sedia ada,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Nov 16 2021

Setakat September 2021, sebanyak 1,654 permohonan PPR telah diluluskan dengan 686 pemohon telah ditawarkan unit rumah manakala 968 yang lain masih menunggu tawaran unit kosong. - Gambar fail/Astro AWANI

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.