LANGKAWI: Kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) , Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang dalam masa terdekat kerana kebanyakan Ahli Parlimen adalah dalam kalangan kumpulan yang berisiko hanyalah alasan semata-samata, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, sehingga kini, tiada rekod yang menunjukkan kes-kes COVID-19 berpunca daripada persidangan Dewan Rakyat selain lokasi yang selamat untuk diadakan sesi perbahasan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan, dapat suntikan saya lebih selamat, jadi nak bagi alasan kononnya ada orang tua dan sebagainya ini bukan alasan untuk tidak mengadakan sidang Parlimen, tidak ada satu kes pun semasa sidang Parlimen,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin COVDI-19 di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Langkawi, di sini pada Ahad.
BACA: Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau serta majoriti Ahli Parlimen bersedia untuk mematuhi segala peraturan baharu yang dikuatkuasakan dalam mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan wakil rakyat termasuk pemasangan penghadang dan penjarakan tempat duduk.
Dr Mahathir juga menegaskan bahawa suntikan vaksin COVID-19 terhadap Ahli-Ahli Dewan Rakyat juga juga mampu memberi lebih perlindungan terhadap kumpulan terlibat termasuk menghadiri sesi sidang Parlimen.
Ini kerana, menurut beliau, Dewan Rakyat mampu menjadi medan terbaik untuk kesemua Ahli Parlimen mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap segala permasalahan yang dihadapi tatkala negara dilanda pandemik COVID-19.
Takiyuddin sebelum ini berkata, tiada keperluan lagi untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh Proklamasi Darurat.
Katanya, persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa dalam negara sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Tambahnya, hampir sebahagian Ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko dan pihaknya tidak mahu terdedah kepada perkara-perkara yang akan menjadi sebab kepada penularan COVID-19 kerana mereka berada di ruang yang tertutup.
Abd Hadi Che Awang
Sun Mar 07 2021

Dewan Rakyat mampu menjadi medan terbaik untuk kesemua Ahli Parlimen mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap segala permasalahan yang dihadapi tatkala negara dilanda pandemik COVID-19, kata Tun Dr Mahathir. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.

'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan
NADMA turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM741,780 kepada JKM termasuk bagi tujuan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana.

Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM
Perkara itu termaktud dalam peruntukan Seksyen 41 (A), Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.

Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi
Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus

Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.

Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah
Keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional.

Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF
Sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.

25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan.