KUALA TERENGGANU: Pas menafikan dakwaan meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kemaman.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan setakat ini belum ada perbincangan diadakan bersama pimpinan tertinggi parti mengenai persiapan bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
"Saya tak dengar pula ura-ura tentang hal tersebut dan saya baca pun dalam media sahaja selain tiada perbincangan ke arah itu. Kami sebenarnya belum 'sit down' (duduk) bersama dengan pimpinan tertinggi berbincang tentang persiapan hadapi pilihan raya terutama penentuan calon.
"Tak pasti (tarikh mesyuarat), setakat belum ada panggilan untuk mesyarat lagi. Saya jangka kebanyakan negeri (pemimpin) pun banyak urusan masing-masing.
"Saya di Terengganu juga banyak urusan perlu diselesaikan. Dijangka minggu hadapan (mesyuarat) kemungkinan diadakan di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini pada Rabu.
Pada Rabu, sebuah portal media tempatan mendakwa Pas kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri itu sebagai calon dalam PRK Kemaman.
Laporan itu hanya memetik sumber rapat Dr Mahathir dengan berkata, rundingan telah dimulakan mengenai pencalonan berkenaan.
Menurut sumber pencalonan itu akan memberi peluang Dr Mahathir untuk berkhidmat sebagai 'semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap Kerajaan Perpaduan', yang telah menjadi pengkritik hebatnya sejak ia mengambil alih Putrajaya November lalu.
Ketika ditanya soal mengekalkan calon yang sedia ada di kerusi Parlimen berkenaan, Ahmad Samsuri berkata, tidak menolak perkara tersebut kerana ada kemungkinan segalanya boleh berlaku.
Mengulas mengenai meletakkan calon dari luar pula, beliau menjelaskan selagi tidak berlaku penamaan calon maka sesiapa sahaja boleh dicalonkan kerana ia terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai kelayakan ditetapkan.
"Berhubung soal meletakkan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), setakat ini tiada cadangan sedemikian.
"Itu kerusi tradisi pas, ia kerusi 'incumbent' dari Pas," ulasnya.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu menerima petisyen yang difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman dari Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Keputusan itu dibuat Anselm setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen pilihan raya bagi parlimen berkenaan.
Pada 3 Januari lalu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, pihaknya memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.
Menurut Ahmad, petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana didakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.
Bagaimanapun, pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada PRU15.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abas membuat keputusan tersebut selepas bersetuju bantahan awal responden Ahli Parlimen Kemaman terhadap petisyen keputusan bagi Parlimen tersebut.
Namun, pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh BN dan pengundi dari Parlimen Kemaman supaya mahkamah mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan.
Ahmad tewas dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman pada PRU15.
Beliau yang merupakan Pengerusi UMNO Terengganu tewas kepada Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi.
Che Alias yang juga penyandang kerusi Parlimen itu memperoleh 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi.
Dua lagi pencabarnya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani dari Pejuang memperoleh 506 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023

Pada Rabu, sebuah portal media tempatan mendakwa Pas kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri itu sebagai calon dalam PRK Kemaman. - Gambar fail

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes ADUN Kijal Datuk Razali Idris berkaitan kes hasutan.

PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.

UMNO perlu tingkatkan ketahanan berjuang dalam politik Melayu dinamik - Mohamad
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyedarkan UMNO bahawa parti itu perlu meningkatkan ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

'Pas intai Ketua Pembangkang, Bersatu patut risau' - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata jika ia referendum daripada rakyat, maka perkara sama juga berlaku ketika Barisan Nasional (BN), menang dalam PRK Pelangai.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.

PRK Kemaman: Menang di kubu sendiri bukan sesuatu luar biasa - Muhammad Kamil
Kamil menolak kenyataan Takiyuddin bahawa kemenangan Ahmad Samsuri, membuktikan referendum rakyat berpihak kepada kepimpinannya dan PN.

PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Ahmad Samsuri mungkin dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang" - Fahmi Fadzil
Kemenangan calon Pas pada PRK Kemaman itu dengan majoriti 37,220 undi berkemungkinan dipengaruhi oleh cara kempen.