MUAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Abong Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menyifatkan angan-angan Pas, yang mahu kembali merampas kerusi berkenaan yang kini dikenali sebagai Simpang Jeram sebagai sia-sia kerana parti itu sudah tidak relevan di kawasan itu.
Bekas ADUN Pas yang berkhidmat dua penggal di kerusi berkenaan berkata ini kerana perjuangan 'Pas For All', yang mesra kepada masyarakat bukan Islam, kini sudah tiada apabila Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
"Dulu Pas sesuai dengan jiwa saya, masa itu perjuangan kita mesra kepada masyarakat bukan Islam, bila ada 'Pas For All' itu slogan yang dapat sambutan daripada masyarakat Cina, India, luar biasa kita tak jangka, sangat sesuai dengan perjuangan saya.
"Tapi apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal, slogan itu mati, jadi Pas yang tinggal ini sedikit ekstrim dan hari ini nampak lebih ekstrim lagi dengan macam-macam isu Melayu, agama, raja-raja (3R) dimainkan dan ini sudah tentulah tidak sesuai di Simpang Jeram," katanya kepada Bernama.
Beliau yang menjadi ahli Pas selama 36 tahun dan menjadi individu yang menubuhkan Pas di Bakri pada 1985 berkata perkara itu jugalah yang membuatkan beliau tawar hati dengan Pas dan kini menyertai Amanah sejak 2019.
Dr Sheikh Ibrahim berkata perjuangan Amanah yang turut bermula di Simpang Jeram pada 2015, adalah lebih sesuai dengan situasi masyarakat semasa, lebih terbuka dan lebih bersederhana sesuai dengan konsep Rahmatan Lil Alamin.
"Bila tak dapat sokongan Cina maka isu 3R ini Pas akan main dan saya percaya selepas ini mereka akan jadi lebih ekstrim memandangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam satu gabungan yang lebih moderate (sederhana), DAP yang lebih sederhana, semua akan lebih bersederhana," katanya.
Katanya, hasrat Pas yang mahu melahirkan doktor kedua, iaitu kemenangan calon berlatarbelakangkan pakar perubatan di Simpang Jeram melalui pendekatan kempen calon Perikatan Nasional (PN) merawat dan mendekati pengundi sakit, hanya dilihat sebagi gimik bagi meraih undi semata-mata.
"Kerana saya doktor dan anak tempatan di sini, berkhidmat di sini daripada mula saya bertugas pada 80-an hingga hari ini, walaupun saya sudah bersara, saya doktor berkhidmat dan calon berkhidmat dan memberi rawatan kepada penduduk di sini sepanjang saya jadi ADUN.
"Tapi calon PN ini berkhidmat semasa berkempen sahaja, beza berkhidmat semasa kempen untuk menarik pengundi. Dia pernah bertanding sini pada 2018, kalau niat nak berkhidmat di sini dia akan bertanding lagi pada 2022, tapi mana nampak dia punya keikhlasan, lepas kalah lari," katanya.
PRK di Simpang Jeram dan Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan calon PH Nazri Abdul Rahman akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan.
SPR menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Dr Sheikh Ibrahim yang menjadi ahli Pas selama 36 tahun dan merupakan individu yang menubuhkan Pas di Bakri pada 1985, berkata beliau tawar hati dengan Pas dan menyertai Amanah sejak 2019. - Foto BERNAMA
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.

PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.

PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.

PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.

PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.

PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu