BUKIT MERTAJAM: Berselindung di sebalik perniagaan bengkel kereta, namun sindiket pengedaran dadah jenis ganja yang bergiat aktif sekitar daerah Seberang Prai Tengah (SPT) tumpas apabila enam suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan polis pada Isnin lalu.
Suspek berusia antara 31 dan 56 tahun ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT).
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, semua suspek yang ditahan itu dipercayai pembekal dan pembeli dadah.
Susulan itu juga, polis merampas ganja mampat yang dibungkus secara eksklusif serta aset sindiket terbabit bernilai hampir RM100,000.
Menurut Cheng San, tiga suspek pertama yang merupakan mekanik bersama pekerjanya dan seorang pelanggan dadah ditahan dalam serbuan jam 8.30 malam di sebuah bengkel kereta dekat sini.
"Susulan serbuan pertama, polis merampas ketulan ganja mampat seberat 6,350 gram bernilai RM15,875.
"Turut dirampas, selaras senapang buatan sendiri beserta 15 butir peluru," katanya pada sidang media di IPD SPT, dekat sini, hari ini.
Susulan penangkapan tiga suspek pertama, polis membuat serbuan di sebuah pangsapuri di Permatang Pauh jam 9.30 malam dan menahan seorang lelaki serta merampas ketulan ganja mampat seberat 244.7 gram bernilai RM611.92.
Menurut Cheng San, hasil maklumat dari suspek yang ditahan, polis membuat serbuan ketiga di sebuah rumah di Kubang Semang pada keesokan hari dan menahan sepasang suami isteri.
"Ujian ke atas suspek lelaki didapati positif dadah THC dan polis turut merampas dua ketulan ganja mampat seberat 1,045.68 gram bernilai RM2,614.
"Turut dirampas, satu plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki heroin seberat tujuh gram bernilai RM245.
"Semua dadah yang dirampas mampu digunakan oleh 15,280 penagih," katanya.
Selain dadah, polis turut menyita dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Proton Wira, tiga buah motosikal jenis Honda ADV, Yamaha NVX dan Yamaha N-Max serta wang tunai RM11,400.
Empat daripada enam suspek yang ditahan didapati positif dadah THC dan mereka dikesan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan selain boleh dihukum dengan 15 sebatan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 15 2022
Cheng San (tengah) pada sidang media di IPD SPT, dekat sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk, waspada
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga Jumaat.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Penduduk di Sandakan, Sabah, terus berdepan kesukaran akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi, dengan hujan lebat tanpa henti menyebabkan beberapa insiden kenderaan terkandas dan mangsa terperangkap.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
ASEAN 2025 | 16 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Pasangan suami isteri anggota sindiket edar ganja diberkas polis
Sindiket pengedaran dadah jenis ganja yang bergiat aktif sekitar daerah Seberang Prai Tengah (SPT) tumpas apabila enam suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan polis.