SERI KEMBANGAN: Bagi anak-anak jati Sarawak yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal seperti kek lapis sarawak, mi kolok, ikan pansuh, kuih bongkol, celorot, kompia dan asam terung, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.
Justeru, tidak menghairankan apabila ada perantau dari Bumi Kenyalang itu sanggup mengorak langkah mewujudkan Pasar Borneo di Seri Kembangan dekat sini sejak tujuh tahun lalu, yang bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.
Pasar Borneo yang dibuka setiap Sabtu dari pukul 5 hingga 11 pagi itu bukan sahaja dapat memenuhi keinginan anak-anak Sarawak di sini menikmati makanan tradisional kegemaran mereka tetapi pada masa sama turut memperkenalkan pelbagai tradisi serta budaya negeri berkenaan termasuk makanan kepada rakyat Malaysia di Semenanjung.
Presiden Persatuan Peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan Nelson Entap Engin ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata pelbagai barangan tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh didapati di pasar tersebut.
Katanya pasar berkenaan bukan sahaja menarik perhatian pengunjung anak Sarawak dan Sabah tetapi juga penduduk tempatan.
Menurut Nelson, idea mewujudkan pasar berkenaan tercetus apabila dia dan rakan senegeri menghadapi kesukaran mendapatkan produk atau makanan dari tanah kelahirannya di sini.
Dia dan rakannya kemudian menjalankan jualan produk dan makanan secara kecil-kecilan yang akhirnya berkembang kepada pembukaan Pasar Borneo yang kini menjadi sebutan ramai.
Menurut Nelson, kewujudan pasar itu menangani isu kekangan kos penghantaran barangan idaman dari kampung yang selama ini dihadapi oleh anak-anak Sarawak di sini.
“Pengunjung beragama Islam juga tidak perlu risau kerana kita memastikan semua makanan dan produk yang dijual adalah halal walaupun ada peniaga bukan beragama Islam. Kami juga menjamin kebersihan pasar ini.
"Selain itu, melalui pasar ini, kita dapat mendekatkan dan memperkenalkan budaya dan makan tradisional kita kepada masyarakat di sini,” katanya.
Seorang pengunjung Martin Kiu Redan Jenis, 27, berasal dari Padawan, Sarawak tidak melepaskan peluang untuk membeli sayur kegemarannya seperti midin dan terung Dayak atau juga dikenali sebagai terung asam.
Teruja dapat berjumpa dengan rakan-rakan senegeri, dia yang pertama kali menjejakkan kaki ke pasar itu mengakui pasar berkenaan memberi peluang kepadanya berkomunikasi dalam bahasa ibundanya iaitu Bidayuh atau Iban.
"Sebelum ini saya cuma mendengar tentang Pasar Borneo dan tidak sangka ia sangat meriah, menarik dengan buah-buahan atau sayuran-sayuran yang cukup terkenal di Sarawak ada dijual di sini.
"Ini sedikit-sebanyak mengubati kerinduan saya terhadap kampung halaman kerana buat masa sekarang untuk balik ke Sarawak masih perlu kuarantin 14 hari. Jadi tidak apa, kita berkorban sedikit," katanya yang merupakan seorang anggota tentera dan telah berkhidmat di Semenanjung selama enam tahun.
Sementara itu, Siti Azariah Nasir, 48, berasal dari Pahang berkata dia akan pergi ke pasar itu setiap bulan untuk mendapatkan makanan kegemarannya seperti sayur midin dan juga terung asam.
Pengalaman mengikut suami bertugas di Kuching, Sarawak selama tujuh tahun juga membuatkan suri rumah itu merindui makanan Bumi Kenyalang termasuk kuih-kuih tradisional seperti penyaram selain laksa Sarawak.
Siti Azariah yang fasih berbahasa Melayu Sarawak itu juga mengakui dia ternanti-nantikan musim buah kerana menggemari buah dabai, durian tempatan atau dikenali durian isu, serta buah tarap yang hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Sun Mar 28 2021
Pasar berkenaan bukan sahaja menarik perhatian pengunjung anak Sarawak dan Sabah tetapi juga penduduk tempatan.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Pasar Borneo Seri Kembangan perkenal budaya, makanan tradisional Sarawak Sabah
Pasar Borneo di Seri Kembangan bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.