Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini selepas menjalani pengubahsuaian untuk menaik taraf pasar itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pengubahsuaian itu akan membantu mewujudkan suasana menarik dan memudahkan penjualan dan pembelian barang di pasar itu.
"Pasar Chowrasta merupakan pasar yang sangat istimewa di Pulau Pinang kerana ia adalah yang terbesar, paling hijau dan diharapkan apabila dinaik taraf, ia akan menjadi pasar terbersih di seluruh negeri," katanya pada majlis pembukaan semula pasar itu di sini.
Lim berkata pasar itu juga merupakan pasar paling mesra alam di Pulau Pinang setelah mendapat penarafan perak di bawah Indeks Bangunan Hijau (GBI) menjadikannya pasar paling hijau di negeri ini.
Difahamkan, kerja-kerja menaik taraf pasar itu bermula pada 2013 bagaimanapun terpaksa ditangguhkan dari 24 Ogos 2015 ke 30 Nov tahun lepas kerana menghadapi banyak masalah semasa proses pengubahsuaian.
Sementara itu, Datuk Bandar Datuk Patahiyah Ismail berkata projek pengubahsuaian pasar itu merupakan sebahagian daripada pelan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menaik taraf pasar dan kedai makan di negeri ini sejak 2009, dengan kos sekitar RM13 juta.
Beliau berkata projek itu dijalankan oleh MBPP dengan mengambil kira pandangan dan permintaan orang ramai menerusi konsep 'Bajet Berasaskan Outcome'.
"Kami berharap setelah dinaik taraf, kami dapat mewujudkan ruang yang selesa dan memenuhi keperluan bukan sahaja vendor dan penjual di sini tetapi juga pengunjung dan pengguna yang datang ke sini setiap hari," katanya.
Pasar itu kini mempunyai 339 gerai yang mana 240 merupakan pasar di bahagian luar, 81 gerai menjual barangan am dan 18 gerai makanan dan minuman.
Ia juga dilengkapi dengan eskalator, lif dan kompleks tempat letak kereta lima tingkat yang menyediakan kira-kira 120 lot parkir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini. - Gambar Flickr
Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Malaysia negara pertama bolehkan syarikat telekomunikasi laksana 6-Way MOCN, tingkat capaian internet
Malaysia merupakan negara pertama membolehkan syarikat telekomunikasi berkerjasama melaksanakan 6-Way Multi Operator Core Network (6-Way MOCN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pasar Chowrasta akhirnya dibuka semula
Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini selepas menjalani pengubahsuaian untuk menaik taraf pasar itu.