SIBU:Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memutuskan untuk menutup Pasar Tamu Mingguan Sibu di Jalan Indah bermula esok.
Menurut Pengerusi MPS, Kaunselor Clarence Ting, tindakan itu susulan Sibu telah bertukar status kepada zon merah setelah merekodkan 39 kes dan mempunyai kluster baharu dalam tempoh 14 hari lalu.
"Ekoran kewujudan Kluster Pasai yang baharu sahaja diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu Charles Siaw, pihak kami mengambil keputusan untuk menutup pasar tersebut berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ataupun peraturan di kawasan zon merah.
"MPS ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan itu sehingga diberitahu kelak," katanya.
Selain itu, Ting turut mengingatkan warga Sibu untuk terus kekal selamat dan mematuhi SOP yang ditetapkan demi membendung wabak tersebut dari terus menular.
"Terus kekal berada di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting. Jika keluar sila gunakan pelitup muka dan mematuhi SOP," ujarnya.
Untuk rekod, Pasar Tamu Mingguan Sibu mula beroperasi di Jalan Indah, Teku pada 1 Ogos tahun lalu setelah dipindahkan dari Jalan Mahsuri pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu dan mempunyai seramai 115 penjaja dan peniaga berniaga di pasar tersebut.
Rudi Affendi Khalik
Sat Jan 09 2021

Tindakan itu susulan Sibu telah bertukar status kepada zon merah setelah merekodkan 39 kes dan mempunyai kluster baharu dalam tempoh 14 hari lalu. - Foto Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Pasar Tamu Mingguan Sibu Jalan Indah ditutup
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memutuskan untuk menutup Pasar Tamu Mingguan Sibu di Jalan Indah bermula esok.