BATU PAHAT: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju menambah 10 lagi outlet pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani bermula Sabtu ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.
Beliau berkata ia juga dibuat setelah pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan KPKM memastikan bekalan barangan mencukupi bagi Ramadan dan Syawal ini.
"FAMA juga akan cuba untuk cukupkan barang (keperluan) termasuk ikan, sayur, minyak masak dan barangan utama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir kepada golongan petani dalam kawasan Parlimen Sri Gading di sini Khamis malam.
Dalam pada itu, Mohamad berkata kementeriannya dan FAMA juga akan memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi buat pengguna.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata kesemua pasar tani berkenaan memfokuskan kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri.
Ia akan beroperasi selama enam hari hingga 20 April dengan harga barangan yang berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Kesemua pasar tani berkenaan memfokuskan kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri. - Gambar hiasan

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Pasar tani bagi Jualan Khas Syawal Madani ditambah
Ini sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.