KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disaran untuk memberi lebih fleksibiliti atau autonomi kepada Kerajaan Negeri untuk mencorak perancangan ekonomi masing-masing.
Ini kerana menurut Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Mohd Yusof Saari, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga mewujudkan kemungkinan situasi berat sebelah, atau kecenderungan kepada negeri tertentu tidak dapat dielakkan.
Mohd Yusof berkata, melalui kewujudan modul ekonomi baharu untuk negeri-negeri, ia akan mengurangkan persepsi kononnya terdapat diskriminasi, hanya kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan Pusat.
“One size fits all atau satu dasar terpakai kepada semua negeri tidak boleh (diguna) kerana setiap negeri mempunyai keunikan, sumber, kelebihan dan kelemahan masing masing. Setiap itu perlu ada perancangan berbeza. Kita harap ke depan, kita lupakan, tentang perbezaan pandangan politik.
“Kerana rakyat memilih parti tertentu, mereka mahukan sedemikian, adakah mahu dikenakan diskriminasi atau penalti kepada mereka?
"Kita perlu seiring dan sama rata, dan Putrajaya sendiri ada kewangan terhad, jadi memberi autonomi lebih kepada negeri itu sebenarnya baik dari perspektif pertumbuhan ekonomi untuk negara,” katanya lagi.
PRN: Untuk keputusan penuh, siapa menang dan siapa kecundang klik di SINI!
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI bagi membincangkan situasi pasca PRN, bagi memastikan Putrajaya terus memberi perhatian kepada negeri-negeri dan wilayah di negara ini, biarpun ditadbir parti politik yang berbeza.
Dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, situasi status quo masih kekal apabila gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terus kekal di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional juga kekal di Kedah, Terengganu, dan Kelantan.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, pendekatan memberi autonomi kepada negeri, dilihat mampu mewujudkan persaingan yang lebih cergas antara negeri-negeri.
“Saya difahamkan tadbir urus kita dari segi pelaburan, berkait rapat dengan Persekutuan, yang mempunyai dari segi tadbir urus, peraturan, hak untuk luluskan pelaburan masuk dari luar tetapi kalau ini dapat dipermudahkan, beri autonomi kepada negeri, tentukan corak pelabur, Putrajaya hanya pantau bantu dan fasilitasi, supaya tak jadi impak negatif.
“Banyak manfaat kalau kita lihat diberi autonomi atau kelebihan untuk pentadbiran negeri, kerana ia akan wujudkan persaingan sihat. Ini akan membantu Malaysia untuk bertumbuh dalam konsep bottom up. Sekarang kita ni hanya melaksanakan top down approach. Jadi kita tukar supaya negeri- negeri ini akan sokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
“Sekarang ini ada beberapa negeri saja jadi tunjang ekonomi. Kalau kita beri pilihan lebih kepada negeri, mereka dapat laksanakan polisi eksperimen, satu dasar itu mungkin lebih berjaya di peringkat sesetengah negeri. Kalau berjaya, boleh dilaksana di tempat lain,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Aug 14 2023

Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu. - Gambar fail/Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.