BENTONG: Kejadian banjir pada Sabtu lalu tidak akan pernah dilupakan Mat Sabri Ahmad Malek.
Tidak banyak yang dapat dilakukan warga emas berusia 62 tahun itu apabila menyaksikan rumah yang dibina dengan kudrat sendiri dan dihuni sejak 15 tahun lalu musnah dalam detik yang amat pantas.
Luluh hati pada ketentuan yang memilukan, Mat Sabri sama sekali tidak menyangka rumahnya yang selama ini menjadi tempat berlindung dari panas dan hujan itu rosak teruk dalam kejadian banjir pada Sabtu lalu.
Menceritakan detik kejadian di Pulau Santap, Janda Baik, Bentong itu, dia memberitahu, sempat menyelamatkan diri sebelum air naik mendadak. Lebih mencemaskan kedatangan arus bah itu disertai puing-puing kayu yang terapung dan bertimbun serta sedia menghentam struktur rumahnya itu.
"Semasa saya meninggalkan rumah waktu itu, airnya naik mendadak tinggi dengan puing kayu. Kayu-kayu lama dan sampah semua memenuhi ruang yang ada dalam kawasan tempat saya ni.
"Ditambah lagi dengan puing hanyut (daripada struktur) jambatan yang runtuh. Keadaan bertambah teruk," katanya yang tinggal bersendirian di rumah itu.
Segalanya berlaku sekelip mata. Terlalu banyak yang kini hanya dapat dikenang tentang rumah dan seluruh isi di dalamnya.
Mat Sabri, yang aktif dalam sebuah persatuan di Janda Baik dan banyak terlibat dalam aktiviti berkaitan alam semula jadi di kawasan tu, memberitahu lagi, apabila air mulai surut, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat situasi rumah kesayangannya itu. Hampir semuanya musnah.
"Bila balik semula ke rumah itu, memang tak ada apa yang tinggal. Barang saya termasuk peralatan untuk keperluan kursus treking semua, dengan kereta, segala apa... habis musnah," jelasnya.
Sedangkan dengan peralatan itu semualah, yang selama ini menjadi punca pendapatannya sambil berbakti kepada masyarakat dan meneruskan kudrat usia emasnya.
Selain itu, barangan peribadi, perabot, malah lantai rumahnya juga hilang dibawa arus banjir. Mat Sabri menganggarkan, nilai keseluruhan kerugian yang ditanggungnya adalah sekitar RM300,000.
Tinjauan Astro AWANI mendapati selut yang tebal masih meliputi banyak kawasan kediaman di sekitar kampung terbabit.
Dalam sisa ketabahan, tenaga dan muafakat penduduk kampung, kerja-kerja membersihkan kediaman masih dijalankan ketika ini. Semuanya dilihat bergerak perlahan dalam saki-baki kekuatan dan harapan yang masih ada demi meneruskan kehidupan.
Fareez Azman
Wed Dec 29 2021
Keadaan rumah mat Sabri yang rosak teruk akibat dihentam arus banjir dan juga puing kayu dalam kejadian pada Sabtu lalu. - Astro AWANI
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.
Jangan takut, banjir kilat tak libatkan Janda Baik - Pengusaha pelancongan
Kawasan peranginan itu hanya mengalami hujan lebat pada kira-kira pukul 5 petang Ahad, yang berhenti sejam kemudian.
Banjir lumpur Bentong: Kerajaan Negeri lulus RM200,000 baiki paip, longkang - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang meluluskan serta-merta peruntukan berjumlah RM200,000 untuk membaiki paip dan longkang di Bukit Tinggi, Bentong.
Tragedi Batang Kali: Orang ramai masih beriadah di Janda Baik tetapi kurang sambutan
Pengunjung mengakui melalukan penyelidikan terhadap kawasan itu terlebih dahulu sebelum membuat tempahan inap desa.
Tragedi Batang Kali: Pemilik inap desa rugi 50 peratus
Pemilik Dinda Chalet dan Glamping, Hasnah Abdullah berkata, jumlah kerugian mencecah sehingga RM3,000 sehari.
KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.
Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Kerajaan diharap ambil langkah drastik untuk mencegah kejadian berulang dan bertambah buruk di masa depan.
Hujan terlampau lebat punca banjir kilat di Janda Baik - MB
Taburan hujan awal pagi itu adalah sebanyak 19.5 milimeter dalam tempoh tiga jam.
Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik
Sebanyak 140 kediaman penduduk yang terkesan telah disalurkan bantuan awal seperti kit makanan dan barangan keperluan asas.
"Harta benda saya musnah sekelip mata" - Mangsa banjir kilat Janda Baik
Dia meluahkan perasaannya apabila melihat semua harta benda miliknya telah musnah dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Janda Baik awal pagi tadi.