KOTA KINABALU: Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau 'pasport terbang' di negeri ini.
Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di sini hari ini.
Terdahulu permohonan reman terhadap ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua daripada tertuduh masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan, berusia antara 40-an hingga 50-an kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.
Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan telah memberikan rasuah sebanyak RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali hari ini. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.