PUTRAJAYA: Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, perkara itu termasuk keperluan untuk memiliki dokumen perjalanan yang sah, mematuhi tempoh keberadaan yang dibenarkan serta pematuhan kepada syarat pas yang dikeluarkan.
"Kita akan sentiasa memastikan perkara ini dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan elemen keselamatan dan kedaulatan negara tidak terancam dan dikompromi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Khairul Dzaimee mengulas laporan sebuah portal berita mendakwa Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia/Komnas HAM) mengecam serbuan pekerja asing di Nilai Spring, Negeri Sembilan pada 1 Februari lalu.
Beliau berkata, pihaknya mendapati seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan itu tidak berniat untuk pulang ke negara asal, sebaliknya ingin terus berada di sini dalam tempoh yang panjang walaupun tanpa dokumen yang sah.
"Ia adalah berdasarkan penempatan tersebut merupakan sebuah perkampungan yang telah lama wujud di dalam hutan dan berada di kawasan yang tidak rata dan berpaya.
"Akses ke kawasan tersebut dengan berjalan kaki sejauh 1.2 kilometer, dikelilingi besi serpihan jerat serta anjing liar dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti beberapa unit genset dan sekolah yang menggunakan silibus pendidikan negara jiran," katanya.
Khairul Dzaimee berkata, operasi yang dilaksanakan oleh pihak Imigresen ini juga adalah teratur dan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
"Operasi penguatkuasaan ini tidak terkait dengan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) yang bermula pada 27 Januari lalu.
"RTK 2.0 ini antara lain bertujuan untuk memastikan warga asing yang berada dan bekerja dalam negara secara tidak sah diregularisasi untuk bekerja secara sah," katanya.
Beliau berkata, operasi penguatkuasaan di kawasan itu dilaksanakan setelah mendapat aduan daripada orang awam yang bimbang akan keselamatan penduduk setempat serta hasil risikan yang telah dilaksanakan oleh Imigresen selama sebulan.
"Seramai 68 orang warga Indonesia telah diperiksa dan seramai 67 orang berusia antara dua bulan hingga 72 tahun yang terdiri daripada 11 lelaki, 20 wanita 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.
"Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.
Menurutnya, Imigresen turut menjumpai beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.
"Terdapat cubaan daripada beberapa PATI untuk meloloskan diri daripada ditahan malah ada yang cuba bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap, namun dapat dipatahkan oleh pasukan operasi Imigresen," katanya.
Beliau berkata, kesemua tahanan itu telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
"Berkenaan aspek kebajikan tahanan di depot-depot tahanan Imigresen, kita sentiasa komited memastikan kesemua aspek kebajikan tahanan sentiasa terjaga dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan termasuk kebajikan kepada tahanan wanita dan kanak-kanak.
"Kita sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal dilaksanakan pada kadar segera," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023

Khairul Dzaimee berkata, operasi yang dilaksanakan oleh pihak Imigresen ini juga adalah teratur dan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. - Foto Sinar Harian
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.

KP BHEUU buat laporan polis terhadap penuntut mendakwa waris Kesultanan Sulu
Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.

Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM
Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh JIM.

Pastikan keselamatan, kedaulatan negara tidak terancam - KP Imigresen
Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.

JIM aktifkan QRT atasi kesesakan di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen (JIM) mewujudkan Quick Response Team (QRT) sebagai langkah proaktif menangani kesesakan di pintu masuk negara terutamanya di KLIA.