KUALA LUMPUR: Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan misi itu disertai 35 sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangannya serta diketuai Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim.
Turut hadir Pengarah Operasi Pasukan Bencana Istana Negara yang juga Juruiring Tentera Udara kepada Yang di-Pertuan Agong Brigedier Jeneral Datuk Zahari Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Menurut kenyataan itu, misi tersebut buat julung kalinya melibatkan penyertaan 15 sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVers) dan kerjasama itu adalah atas perkenan dan cetusan idea Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pasukan Bencana Istana Negara turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari Kuala Lumpur, TMROVers dan sukarelawan Sime Darby bagi membersihkan kawasan perumahan, memasak serta mengedarkan makanan tengah hari kepada penduduk yang terjejas.
"Seri Paduka Baginda telah menzahirkan hasrat agar Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bekerjasama dengan pihak atau badan bukan kerajaan dalam membantu jentera kerajaan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Pasukan Bencana Istana Negara turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari Kuala Lumpur. - Gambar/ FB Istana Negara
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pasukan Bencana Istana Negara bantu mangsa banjir di Jerantut, Pahang
Misi bantuan itu turut melibatkan penyertaan sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVers) yang bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.

Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.

Banjir: Agong berkenan tinjau Pasukan Bencana Istana Negara laksana pembersihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat meninjau Pasukan Bencana Istana Negara melakukan kerja-kerja pembersihan.