LANGKAWI:Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, terbakar dua kali, pada petang Selasa dan awal pagi Rabu.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukan forensik tersebut turut dibantu anggota daripada JBPM Kedah.
"Siasatan telah bermula sejak semalam melibatkan pakar dari ibu pejabat JBPM Putrajaya dibantu oleh anggota JBPM Kedah. Hari ini selain siasatan forensik kebakaran, anggota akan turut menyoal siasat saksi terlibat.
"JBPM akan melihat secara keseluruhan kerana didapati berdasarkan reka bentuk bangunan di resort tersebut, sewajarnya kebakaran tidak merebak terlalu cepat. Kita akan lihat serta tangani isu ini dari segi perundangan selain melihat juga keperluan logistik setempat," katanya kepada Bernama, hari ini.
BACA: 24 jam terbakar, 80 peratus blok bangunan The Andaman Langkawi musnah
BACA: Hotel lima bintang di Langkawi musnah akibat kebakaran
Nor Hisham yang turun ke lokasi kejadian semalam, turut berkongsi kesukaran dihadapi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan BBP Persiaran Putra bersama Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) resort ketika proses memadam kebakaran.
"Selain keadaan cuaca panas dan kering serta struktur binaan kayu di resort itu, berdasarkan pemerhatian saya di lapangan semalam anggota sukar untuk mendapatkan bekalan air yang banyak bagi memadam kebakaran di lokasi ini dengan lebih efektif.
“Ini kerana akses di lokasi menyukarkan jentera untuk datang selain bekalan air yang disediakan resort terlibat berdasarkan pengiraaan hanya boleh bertahan lima jam, apabila kebakaran melebihi 12 jam, keadaan sudah sukar dikawal,” katanya.
Bernama
Thu Jan 14 2021

Siasatan telah bermula sejak semalam melibatkan pakar dari ibu pejabat JBPM Putrajaya dibantu oleh anggota JBPM Kedah. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.

Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menteri Luar ASEAN tiba di Langkawi hadir permukiman di bawah Kepengerusian Malaysia 2025
Menteri Luar dari Asia Tenggara mula tiba di Langkawi untuk Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang dijadualkan bermula pada Sabtu.

Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.

Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.

Langkah segera akan diambil untuk rancakkan industri pelancongan Langkawi - PM Anwar
Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr

Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.