Mahkamah Koroner hari ini memutuskan untuk menangguhkan sesi prosiding bagi memberi laluan kepada pihak Pegawai Pengendali Inkues untuk hadir ke Balai Bomba Subang Jaya.
Tindakan itu bagi melihat semula keadaan kenderaan van Emergency Medical Rescue Services (EMRS) yang dinaiki anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ketika malam rusuhan.
Perkara itu diputuskan sejurus selepas permohonan oleh Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah untuk hadir ke balai bomba tersebut bersama kesemua pasukan forensik yang terlibat.
Menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin lawatan itu bertujuan bagi mencapai keputusan adil.
"Kita nak lawat semula untuk capai keputusan adil untuk semua pihak tengok kenderaan itu - terutamanya di bahagian pintu - ada kaitan. Dan semua (pasukan) perlu ke sana," katanya.
Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan berada di lokasi ketika sesi perbincangan berlangsung.
Ini kerana, ia merupakan prosedur di luar prosiding mahkamah, menurut peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Syazlin Mansor.
Terdahulu pihak pengendali inkues bersama pihak pakar forensik tiba di Balai Bomba Subang Jaya sekitar jam 11.30 pagi.
Semalam, saksi ke-29, Prof Dr Shahrom Abdul Wahid, bekas pakar forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, pihaknya tidak hadir ke lokasi kejadian disebabkan telah mempunyai bahan bukti yang mencukupi.
BACA: Inkues Adib: Soalan patah tulang rusuk tak relevan
BACA: Muhamad Adib mungkin ditarik keluar dari van EMRS, dihentak pintu
Koroner Rofiah Mohammad menetapkan prosiding bersambung semula jam 9.30 pagi esok.
Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara.
Hilmi Malik
Thu Apr 11 2019

Hamdan (kemeja putih) bersama anggota inkues yang lain, termasuk pasukan forensik, memeriksa pintu van EMRS di Balai Bomba Subang Jaya hari ini. - Astro AWANI/HILMI MALIK
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Dompet dijumpai ada kad pengenalan Nur Farah Kartini
Dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan barang kes yang dijumpai di Sungai Trolak, Batu 4, Perak, pada Isnin.

Pembunuhan Nur Farah Kartini : Operasi cari bukti di Sungai Trolak ditangguh
Operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak ditangguhkan.

Lelaki ada tujuh rekod jenayah lampau mati ditembak di Puchong Prima
Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima di sini petang tadi.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Forensik temui barang, objek bantu jejak pembunuh
PDRM menemukan beberapa barangan dan objek yang boleh dijadikan petunjuk baharu kepada kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Peguambela penyerang Kamal Adli mohon penilaian psikiatri sekali lagi
Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC berkata beliau telah membuat permintaan itu pada 4 Julai dan kini menunggu laporan penjelasan daripada IMH atau -sekurang-kurangnya penjelasan daripada penjara-.

Ketua polis maut tertusuk taji ayam sabung
Insiden ngeri tersebut berlaku di wilayah tengah Samar utara apabila mangsa, Leftenan Christian Bolok mengangkat seekor ayam sabung untuk mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.

Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.

Pasukan inkues Adib lawat semula van EMRS, mahu keputusan adil
Menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin lawatan itu bertujuan bagi mencapai keputusan adil.

Jangan guna media sosial bincang kes Muhammad Adib - Timbalan Menteri
Maklumat berkaitan kes itu boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Jam tangan mewah dan barang kemas jenama Cartier jadi barang bukti
Kesemua jam tangan mewah dan barang kemas termasuk 23 bentuk cincin, lapan utas gelang tangan, dua pasang subang dan seutas rantai leher telah dikemukakan oleh saksi.