Skip to main content

Malaysia

Pasukan Task Force buat pemeriksaan 41,541 patuh SOP PKPB

41588501142_TBIsmailSabriYaakob.jpg
41588501142_TBIsmailSabriYaakob.jpg
Advertisement
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 41,541 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu bagi memastikan  semua aspek pematuhan SOP dipatuhi semua pihak.

"Ini bermakna fokus kali ini adalah ke arah pematuhan dan setiap tempat akan diperiksa sama ada mengejut atau tidak dan kita akan lihat serta teliti berkenaan aspek pematuhan SOP yang ditetapkan," katanya dalam sidang media harian pada Jumaat.

Ismail Sabri berkata, sejak Khamis, sebanyak 3,832 pasar raya, 2,700 restoran dan 1,471 kilang serta 752 bank telah diperiksa.

Beliau berkata, pemeriksaan juga telah dibuat di 652 terminal pengangkutan darat, 78 terminal pengangkutan air dan 90 terminal pengangkutan udara.

"Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 20,221 buah kenderaan persendirian dan 1,261 kenderaan awam.

"Turut diperiksa adalah 1,309 pasar awam, 2,196 tempat ibadah, 980 tempat riadah dan 485 tapak binaan," jelas beliau lagi.

Must Watch Video

Advertisement