KUALA LUMPUR: Selepas lama ditutup, pengusaha panggung wayang bersedia untuk kembali beroperasi, namun dengan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.
Menurut beliau, walaupun sudah lama tidak beroperasi, namun pengurusan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan kakitangan yang akan melayan pelanggan nanti juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.
“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi.
BACA: Isu pengoperasian pawagam dibawa ke MKN - Annuar
“Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.
Tambah beliau, banyak negara sudah mula membenarkan pawagam beroperasi namun di Malaysia, keadaannya berbeza malah panggung wayang adalah yang pertama ditutup namun terakhir dibenarkan beroperasi semula.
Jelasnya kepada Astro AWANI pada Sabtu, setakat ini tiada kluster dari pawagam dan pembukaan semula pastinya memberi manfaat kepada lebih 20,000 kakitangan dalam industri tersebut.
“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.
“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,” ujarnya.
Sementara itu, Mei Lee juga berharap kerajaan mengecualikan cukai hiburan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun selepas mereka kembali beroperasi dan pengurangan cukai untuk tahun-tahun berikutnya.
“Industri pawagam adalah industri yang dikenakan cukai tinggi... sekarang cukai (dikenakan) adalah 25 peratus. Jika dapat menurunkannya menjadi lima peratus, seperti apa dilakukan kepada taman tema, ia bagus untuk kami.
“Ia seperti Kerajaan Negeri Selangor yang telah membenarkan taman tema diberikan pengecualian cukai sehingga Februari 2022 dan beberapa tahun selepas itu, pengurangan cukai hiburan.
“Jika inisiatif sama diberikan kepada industri pawagam, saya rasa itu akan sangat membantu kami untuk pulih,” katanya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Memetik ciapan Golden Screen Cinemas @GSCinemas yang memohon orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam, Annuar memaklumkan, kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat.
Ridauddin Daud
Sat Sep 04 2021

Walaupun sudah lama tidak beroperasi, kakitangan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan petugas juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap. - Gambar Facebook / JB Happening
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.