KUALA LUMPUR: Terdapat peningkatan permintaan terhadap buku-buku ilmiah selain novel-novel yang biasa menjadi pilihan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 tahun ini.
Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata, perkembangan itu merupakan petanda positif, apatah lagi ramai dalam kalangan pembeli adalah golongan muda.
"Seperti biasa, remaja memang sukakan novel dan akan mencari novel apabila datang ke pesta buku. Tetapi sebenarnya masih ramai juga dalam kalangan belia yang mencari dan gemarkan buku-buku ilmiah.
"Kebanyakan mereka berada dalam fasa matang dan mahu mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan tahap pemikiran.
"Contohnya sebuah buku terjemahan berjudul Muhammad. Buku ini merupakan sebuah bahan bacaan aras tinggi tetapi berjaya dijual sebanyak 80,000 naskah.
"Malah gerai-gerai jualan bahan bacaan ilmiah seperti gerai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga menjadi tumpuan pelanggan," katanya ketika ditemui di PBAKL 2024, pada Ahad.
Tambahnya, pendapat yang mengatakan golongan muda lebih meminati gajet dan media sosial dan tidak lagi berminat dengan buku, ternyata tidak benar kerana rata-rata pengunjung adalah golongan muda.
"Kadang-kadang kita beri pendapat tapi kita tidak mempunyai fakta. Dalam PBAKL, bukan sahaja pengunjung dalam kalangan anak muda, malah peserta pameran seperti penerbit, juga terdiri daripada anak muda.
"Saya melihat ini satu gerakan yang menunjukkan industri buku mempunyai potensi untuk terus berkembang," ujarnya.
Kata Mohd Khair, pihaknya mensasarkan 1.6 juta pengunjung tahun ini, selepas tahun lalu berjaya merekod kehadiran sebanyak 1.3 juta.
"Hari kedua pameran (Sabtu), kita pecah rekod dengan kehadiran 209,000 pengunjung. Jadi kita positif dengan sasaran itu," katanya lagi.
Bagi seorang peserta pameran, Saadiah Ali, gerainya turut menerima peningkatan permintaan buku-buku ilmiah dalam kalangan anak muda.
"Tahun ini ramai juga yang mencari buku-buku tentang al-Quran, tafsir, buku agama dan buku panduan fiqh.
"Di gerai kami, antara yang menjadi pilihan orang ramai adalah buku-buku karya Hamka.
"Paling mengujakan ialah kami juga melihat peningkatan pengunjung dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah," katanya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif JT Publishing.
Bagi wakil Sri Ayu Distributors Sdn Bhd, Sharifah Nur Fatihah Shaikh Baharum, gerai mereka turut mencatat peningkatan pengunjung, malah ramai yang datang dari luar Lembah Klang.
"Sepanjang tiga hari sambutan memang sangat-sangat baik. Kami terima ramai pelanggan dari luar seperti Pahang dan Kelantan.
"Di pihak kami, memang kami kagum dengan promosi daripada pihak penganjur yang berjaya menarik begitu ramai pengunjung tahun ini," katanya.
PBAKL 2024 berlangsung sehingga 2 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Madiha Abdullah
Sun May 26 2024
Peningkatan permintaan buku ilmiah jadi petanda positif bagi industri buku negara. - Astro AWANI
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
PBAKL 2024 bukti anak muda masih cintakan buku
Pendapat yang mengatakan golongan muda lebih meminati gajet dan media sosial dan tidak lagi berminat dengan buku, ternyata tidak benar.
PBAKL 2022 mampu capai sasaran lebih 700,000 pengunjung
Pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu antaranya mempromosikan pesta buku tersebut di media sosial.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Pesta buku di KLCC jadi tarikan pengunjung
Ada pengunjung yang 'berehat' seketika daripada aktiviti kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri, dengan melawat pesta buku itu.
The Big Bad Wolf tiba di Dubai
Buat pertama kali, pesta buku besar-besaran ini diadakan di Dubai dengan penjualan lebih 3 juta buku pada harga berpatutan.
Tindakan KDN rampas buku di Pesta Buku tidak bijak - Kota Buku
Tindakan KDN merampas beberapa buah buku di tapak gerai Gerakbudaya di Pesta Buku KL semalam merupakan tindakan tidak bijak, kata CEO Kota Buku.
Buku kecil tarikan Pesta Buku Antarabangsa Mexico
Pesta Buku Antarabangsa Mexico kali ke-13 menarik penglibatan 200 penerbit dan penulis serta ratusan ribu penggemar ilmu.
Dua juta buku dijual di Big Bad Wolf 2012
Lebih dua juta buku telah dijual sepanjang berlangsungnya pesta buku terbesar dunia, Big Bad Wolf 2012 di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.