SHAH ALAM: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah untuk menyenaraikan lima projek khidmat awam yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas kenaikan cukai taksiran baharu dikuatkuasakan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata langkah itu antara lain bagi membolehkan pembayar cukai mengetahui arah tuju bayaran yang dilakukan di samping menunjukkan kesungguhan PBT memberi perkhidmatan selepas meningkatkan kadar cukai taksiran.
"Saya minta semua PBT huraikan lima projek penting untuk rakyat yang boleh diselesaikan dalam tempoh 100 hari dan projek boleh siap dalam setahun.
"Projek ini berkait dengan perkhidmatan kepada rakyat contohnya penyediaan infrastuktur, naik taraf jalan atau landskap untuk pembayar cukai tahu apa PBT kawasan mereka lakukan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng menjawab soalan tambahan Mu'izzuddeen Mahyuddin (PN-Hulu Bernam) yang ingin tahu hala tuju wang bayaran cukai taksiran yang dinaikkan oleh PBT.
Dalam pada itu, Ng berkata kenaikan cukai baharu itu perlu memandangkan terdapat PBT yang terpaksa menggunakan separuh daripada belanjawan tahunan bagi memastikan khidmat kepada rakyat lancar serta terurus.
"PBT berdepan kekangan contohnya urus sisa pepejal yang memerlukan kos kewangan tinggi. Ada majlis (PBT) yang perlu tanggung (sendiri) 30 hingga 50 peratus (belanjawan tahunan) untuk kos kutipan.
"Jadi saya minta huraikan projek penting yang beri manfaat terbaik kepada rakyat supaya pembayar cukai dapat nikmati kewajaran bayaran mereka," katanya.
Media sebelum ini melaporkan semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor terlibat dalam penilaian semula kadar cukai taksiran baharu yang dijangka dapat dilaksanakan selewatnya-lewatnya tahun hadapan.
Ng dilaporkan berkata tiada PBT terkecuali melakukan penilaian taksiran, namun ia mestilah berasas dan menepati situasi semasa kerana semakan mendapati semua PBT di negeri ini tidak membuat semakan cukai taksiran sejak 30 tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Ng berkata kenaikan cukai baharu itu perlu memandangkan terdapat PBT yang terpaksa menggunakan separuh daripada belanjawan tahunan bagi memastikan khidmat kepada rakyat lancar serta terurus. - Gambar fail/Bernama

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Majlis daerah jangan tembak haiwan liar sesuka hati - Ismail Sabri
Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat 'mengikat' pihak majlis daerah dalam mengambil tindakan terhadap haiwan terbiar atau liar.

SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.

Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.

MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.

Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.

PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.

PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.

DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.

Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.