SINGAPURA: Malaysia berharap kerajaan Singapura dapat memberikan sedikit kelonggaran kepada pekerja dan diplomat dari Malaysia di bawah skim Aturan Perjalanan Berkala (PCA) untuk menjalani kuarantin di kediaman mereka sendiri.
"Ini serupa dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan Malaysia kepada pekerja dan diplomat dari Singapura di Malaysia," kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke republik ini.
Bercakap kepada media pada Ahad, Hishammuddin berkata meskipun PCA tidak ditangguhkan, beliau memahami bahawa prosedur operasi standard (SOP) atau syarat yang ditetapkan adalah lebih ketat dan semua pekerja dari Malaysia termasuk diplomat harus menjalani pengasingan di bawah Notis Duduk Di Rumah (SHN) sekembalinya mereka ke Singapura di kemudahan yang ditentukan.
Skim itu, yang dipersetujui kedua-dua negara, telah bermula pada pertengahan Ogos tahun lepas.
Pada pertemuan Hishammuddin dengan rakan sejawatnya dari Singapura iaitu Dr Vivian Balakrishnan pada Ahad, perbincangan mereka memfokus kepada isu seperti meneruskan semula pergerakan rentas sempadan secara berperingkat, pelaksanaan vaksinasi di peringkat kebangsaan dan mesyuarat pemimpin kedua-dua negara yang akan datang.
Mengulas langkah menyambung semula Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), Hishammuddin berharap skim itu boleh disambung secepat mungkin untuk memudahkan pergerakan perjalanan bagi tujuan perniagaan mahupun rasmi.
Ketika ini, Singapura menangguhkan pelaksanaan RGL dengan Malaysia selama tiga bulan mulai 1 Feb.
Menyentuh isu Gelembung Perjalanan Udara, beliau berkata rundingan antara kedua-dua pihak masih berlangsung.
"Kami faham bahawa cadangan itu memiliki cabarannya yang tersendiri, oleh itu kami menggesa agensi peneraju kedua-dua pihak agar mempergiat usaha masing-masing dan mencari jalan untuk melaksana serta mengoperasikannya," kata beliau.
Menyentuh perjanjian yang dicapai untuk membaca dan mengesahkan secara digital sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara, Hishammuddin berkata : "Kami berharap perjanjian ini akan membuka jalan kepada perbincangan lebih lanjut antara Malaysia dan Singapura memuktamadkan perjanjian bagi memvaksinasi pengembara untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan dalam masa terdekat.
"Ini adalah nilai tambah kepada rundingan yang sedang berlangsung namun dari sudut operasi, lebih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh agensi dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 masing-masing seperti melalui langkah menghubungkan platform masing-masing iaitu MySejahtera bagi Malaysia dan TraceTogether bagi Singapura," katanya.
Satu persetujuan telah dicapai antara Pejabat Bangsa Pintar dan Kerajaan Digital Singapura dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia untuk membaca serta mengesahkan sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara secara digital.
Sebagai rumusan, Hishammuddin berkata kedua-dua kerajaan kini bekerja keras untuk melaksanakan apa yang sudah dirancang "demi kebaikan dan manfaat rakyat di kedua-dua negara."
"Untuk kembali kepada keadaan biasa sudah tentu memakan masa. Kami faham ada keluarga yang terpaksa berpisah namun kami perlu mengambil kira faktor terpenting iaitu kesihatan awam.
"Kami perlu menyedari bahawa rancangan kami akan sukar dilaksanakan jika jumlah jangkitan terus meningkat - inilah hakikat sebenarnya. Tetapi yakinlah bahawa kedua-dua kerajaan akan meneruskan rundingan namun kejayaannya bergantung kepada peranan yang kita semua mainkan untuk mengurangkan jumlah jangkitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021

Hishammuddin berkata kedua-dua kerajaan kini bekerja keras untuk melaksanakan apa yang sudah dirancang "demi kebaikan dan manfaat rakyat di kedua-dua negara." - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.