KUALA LUMPUR: Seminggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sesi pembelajaran murid sekolah diteruskan hari ini dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah kumpulan B.
Sesi pembelajaran itu bermula hari ini sehingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Bagi sekolah kumpulan A, (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sesi pembelajaran itu telah bermula semalam sehingga 27 Mei.
Beberapa orang ibu bapa memberikan respons positif susulan pengumuman pelaksanaan PdPR selama dua minggu ini, dibuat Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin dalam sidang media pada 26 April (hampir dua minggu sebelum cuti raya Aidilfitri).
Pengguna media sosial Azizan Abu Bakar berkata beliau menyokong keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan PdPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan.
"Win-win situation bagi mengelak kluster Hari Raya menular ke sekolah dan tindakan makluman awal pun sangat tepat supaya pihak sekolah boleh merancang awal bahan PdPR untuk murid sebelum mula bercuti hari raya," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Noriah Saleh, 34, ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah berkata anaknya kini sudah membiasakan diri untuk belajar secara PdPR menggunakan modul latihan yang disediakan guru sebelum cuti Aidilfitri bermula.
"Cikgu akan hantar pesanan melalui apilkasi WhatsApp pada ibu bapa untuk ingatkan anak-anak dan memantau mereka buat latihan ikut subjek. Kelas dalam talian pun sudah ada jadual dan lebih teratur," katanya.
Bapa kepada dua pelajar, Yusri Mohd, 40, berkata sebagai persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan, beliau mengingatkan anaknya supaya mengikuti kelas di DidikTV sekiranya tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian.
"Untuk pastikan tidak tertinggal pelajaran saya suruh anak tengok televisyen (DidikTV) untuk belajar sebagai tambahan selain baca nota dan siapkan latihan yang cikgu bagi untuk ulang kaji setiap hari," katanya.
Sebelum ini, Radzi memaklumkan selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
KPM memaklumkan selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.- Gambar hiasan/BERNAMA
Kes langgar lari di Jalan Klang Lama, dua lagi individu ditahan
Polis menahan dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan di Jalan Klang Lama, pada 29 Jan lepas.
Consider This: Trump’s Tariffs (Part 1) — Global Trade on Edge
The US has imposed a 10% tariff on imports from China, while a 25% tariff on imports from Canada and Mexico has since been delayed for a month. Are President Donald Trump's tariffs a strategic negotiation tool or reckless brinkmanship? What are the global economic consequences of these opening shots? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Juita Mohamad, Consultant for the UN Conference of Trade and Development and Co-founder of TIA Editors & Consultancy.
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
AWANI Tonight 6 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
: Red flags to watch out for while job-seeking in 2025
With job scams on the rise, Nicholas Lam, Managing Director of JobStreet by SEEK Malaysia, highlights 2025’s emerging trends and tactics used to lure job seekers.
AWANI Tonight: Nearly 2,000 GLCs to face audits this year
Nearly 2,000 government-linked companies will undergo audits this year as part of the government’s efforts to address governance issues.
Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.