MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda atau menggubal beberapa akta berkaitan hukuman dadah selaras dengan perkembangan semasa salah guna bahan terlarang itu di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sebagai contoh, jenis dadah yang kini banyak disalah guna penagih di negara ini ialah syabu dan pil ekstasi berbanding heroin sebelum ini.
"Sebelum ini, bagi heroin 15 gram memang hukuman gantung tetapi bagi syabu dan pil ekstasi ialah 50 gram (hukuman gantung)... jadi kita nak kurangkan lagi berat bagi syabu kepada 15 gram.
"Cadangan ini telah dibawa kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Isu Sosial Masyarakat: Situasi, Cabaran dan Pencegahan Dalam Era Masa Kini di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, pihaknya sedang menyenaraikan bahan kimia terlarang yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis baharu seperti syabu, ketamin, pil yaba dan pil kuda.
Katanya, setakat ini lebih 60 bahan kimia terlarang tersenarai dalam penggunaan penghasilan dadah jenis baharu di Malaysia berbanding lebih 900 bahan kimia terlarang untuk tujuan tersebut yang tersenarai di luar negara.
Selain itu, Ayob Khan berkata PDRM dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terus memperkukuhkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang peningkatan penyeludupan ganja dari Thailand, susulan keputusan kerajaan negara itu membenarkan rakyatnya menanam ganja berkuat kuasa 9 Jun lepas.
Beliau berkata keputusan Thailand itu dilihat akan memberi impak kepada aktiviti penyeludupan ganja ke negara ini ekoran tiada lagi sekatan pergerakan tumbuhan itu di negara berkenaan walaupun ia masih dilarang di Malaysia.
BACA: Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak beri kesan tugasan PDRM - Hamzah
"Pergerakan ganja di negara itu tiada had lagi... mungkin semua akan tunggu di sempadan untuk masuk ke Malaysia dan semalam sahaja sebanyak 860 kilogram ganja yang cuba diseludup masuk dari Thailand ke negara ini berjaya dirampas," katanya.
Mengulas tentang pemansuhan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah, beliau berkata ia tidak akan memberi kesan negatif pada usaha PDRM untuk memerangi jenayah dadah dan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Isu Sosial Masyarakat: Situasi, Cabaran dan Pencegahan Dalam Era Masa Kini di sini hari ini. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.