JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti anggota dan pegawainya yang terlibat dengan masalah keberhutangan tinggi bagi membolehkan bantuan kebajikan bersesuaian disalurkan sekali gus meringankan beban mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata perkara itu perlu dilaksanakan dengan teliti dan serius bagi mengelakkan anggota dan pegawai yang berdepan dengan hutang tinggi itu terjebak dengan perkara tidak berintegriti dan diingini.
"Kami akan tengok dua perkara iaitu pesara polis dan anggota asnaf. Anggota asnaf selalunya terlibat dalam keberhutangan tinggi sebagai contoh dia berhutang kerana anak hendak pergi belajar atau ada musibah menimpa diri (dan keluarga).
"Bila berhutang gaji mereka jadi kecil, bila kecil kami kena lihat kebajikan mereka supaya dapat disantuni. Mereka bertugas dalam keadaan yang 'sensitif', apabila dalam keadaan seperti itu, kami tidak mahu mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada 20 Pesara PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sementara itu, Mazlan berkata seramai 887 pesara polis di seluruh negara menerima sumbangan kebajikan TAWP dari Januari hingga Mei tahun ini dengan nilai keseluruhan lebih RM1.59 juta.
"TAWP berperanan memelihara hal ehwal kebajikan pesara polis. Justeru, kami menyeru orang ramai menguar-uarkan inisiatif ini kepada pesara polis yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19," katanya.
Menurut beliau lima jenis bantuan disediakan di bawah TAWP iaitu pengurusan jenazah (RM1,500), pergerakan (RM1,000), perubatan (RM5,000), pendidikan (RM3,000) dan bencana alam (RM10,000).
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata 4,622 premis diarahkan tutup di seluruh negara dalam Op Patuh, bermula 25 Jun lepas hingga semalam melibatkan kompaun sebanyak RM7,740 menerusi lebih dua juta pemeriksaan yang dijalankan.
"Ini bagi memastikan rakyat selamat daripada pandemik (COVID-19) dan kami memang ke arah memastikan rakyat sentiasa dijaga. Pemeriksaan dan penguatkuasaan akan dipergiatkan di kawasan kilang, tapak pembinaan, asrama penempatan pekerja serta premis perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Datuk Seri Mazlan Lazim berkata perkara itu perlu dilaksanakan dengan teliti dan serius bagi mengelakkan anggota dan pegawai yang berdepan dengan hutang tinggi itu terjebak dengan perkara tidak berintegriti dan diingini. - Gambar fail/Astro AWANI
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.