SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mempercepatkan proses tawaran tender perolehan kamera badan bagi kegunaan anggota polis di lapangan.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung perkara itu.
"Saya telah membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepatkan proses (tawaran) tender aset berkenaan dan didapati ia berada di atas landasan dan diharap dapat dilaksanakan pada hujung Mei ini atau Jun depan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Subang di sini hari ini.
Beliau berkata ia kemudian akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum dipilih Lembaga Perolehan Tender di KDN bagi mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.
Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.
Muhyiddin berkata ia bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah daripada penjenayah ataupun orang yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Mazlan berkata kelengkapan sekatan jalan raya seperti khemah dan peralatan klinikal bagi tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa semalam hingga 7 Jun mencukupi dalam menjaga kebajikan dan keselesaan anggota bertugas di lapangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis. - Gambar hiasan/ Facebook Body Cameras Ireland
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.