KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk menerusi kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.
Menurut kenyataan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan mengenai kes terbabit.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac 2023 yang lepas.
"JSJN Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima dari pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," jelas kenyataan itu.
Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM789.56 juta.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Australia berjaya menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat 336 kilogram dalam satu kontena yang dibawa masuk ke Brisbane dari Malaysia.
Kesemua dadah terbabit ditemui ditanam dalam dua blok konkrit dalam kontena terbabit.
Siasatan mendapati, kontena terbabit didaftarkan membawa perkakas solat dialamatkan di sebuah pusat industri di Brendale, utara Brisbane.
Susulan penemuan itu, seorang lelaki berjaya ditahan dipercayai terlibat dalam penyeludupan dadah kedua terbesar dalam sejarah negara itu.
Fareez Azman
Mon Apr 10 2023

Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac 2023. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PDRM sahkan pihak berkuasa Australia rampas 336kg dadah dalam kontena dari Malaysia
JSJN Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima dari pihak Polis Persekutuan Australia.

Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.

Sukan Olimpik: Brisbane diumum tuan rumah 2032
Sukan Olimpik: Brisbane diumum tuan rumah 2032

Azizulhasni akhiri 2020 penuh bergaya
Lebih membanggakan negara apabila rakan seperjuangan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa manakala pelumba Australia Matthew Glaetzer memenangi perak.

Queensland laksana sekatan perjalanan terhadap mereka yang tiba dari Sydney
Queensland, Australia mula menguatkuasakan sekatan perjalan terhadap mereka yang tiba dari Sydney dan mereka perlu dikuarantin di hotel-hotel yang disediakan selama dua minggu.

Lelaki ugut cederakan orang awam ditembak mati
Lelaki berkenaan telah diarahkan oleh pihak polis agar meletakkan senjatanya, namun dia enggan sebelum ditembak.

"Sakitnya bukan kepalang, saya macam ayam kena sembelih" - Azizulhasni cerita detik-detik kemalangan
Sakit yang ditanggung jaguh trek negara, Azizulhasni Awang dalam kemalangan di Brisbane, Australia digambarkannya sebagai bukang kepalang.

Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 30 peratus
MALAYSIA Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan antarabangsa dan domestik sempena Pameran Matta di Pulau Pinang.

Terlupa ubat Parkinson, lelaki terlepas tuduhan bunuh cucu dua bulan
Seorang lelaki dari China yang dikenali sebagai Yonghou Cao, 54, telah mengaku menikam isteri, anak perempuan dan cucunya sendiri serta menyesal dengan perlakuan tidak bermoral tersebut.

Muak bayar sewa rumah? Apa kata tinggal saja dalam trak
Seorang wanita bernama Chrissie Junge telah mengubah suai belakang trak Mazda T600 miliknya dan dia kini bebas untuk tinggal di mana-mana kota seperti Brisbane dan Queensland.