KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas saman-saman yang terpilih menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman mulai hari ini (25 Mac) hingga 11 April ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, portal dan aplikasi MyBayar Saman itu memudahkan orang ramai untuk melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian.
“Dengan wujudnya MyBayar Saman, ia akan mengurangkan kebergantungan JSPT (Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik) kepada ejen kutipan swasta dan meningkatkan lagi kecekapan sistem perkhidmatan JSPT kepada orang ramai.
“Pengguna boleh membayar saman tanpa had masa dan sempadan, selain tidak dikenakan sebarang caj,” katanya pada majlis pelancaran sistem MyBayar Saman di Bukit Aman, di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, tawaran diskaun itu tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.
Katanya lagi, sistem MyBayar Saman secara dalam talian itu selaras dengan dasar kerajaan iaitu menambah baik literasi digital, menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022 di semua kementerian dan agensi kerajaan serta penetapan 80 peratus perkhidmatan kerajaan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.
Bagi menggunakan perkhidmatan dalam talian MyBayar Saman, orang ramai boleh melayari portal rasmi https://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi melalui Google Playstore dan Apple Appstore.
Isabelle Leong
Thu Mar 25 2021

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, portal dan aplikasi MyBayar Saman memudahkan orang ramai untuk melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian. - Gambar BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Diskaun saman 80 peratus, PDRM galak guna aplikasi MyBayar Saman
Pembayaran juga boleh dibuat di mana-mana kaunter trafik PDRM di seluruh negara sehingga 12 Disember ini.

Op Ekzos: PDRM keluar 71,127 saman hingga Mac tahun ini
Sepanjang tempoh itu sebanyak 157,992 kenderaan diperiksa membabitkan 76,315 motosikal, 52,059 kereta dan 29,618 lain-lain kenderaan.

Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.

PDRM tawar 50 peratus diskaun saman hingga 11 April
Portal dan aplikasi MyBayar Saman memudahkan orang ramai untuk melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian.