KEPALA BATAS: Reman terhadap empat individu termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk rumah dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe disambung tiga hari lagi hingga 14 Jun ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata mereka yang terdiri daripada dua pasangan suami isteri berumur 20 hingga 27 tahun itu sebelum ini direman bermula 6 Jun lepas dan tamat hari ini.
"Polis menyambung reman keempat-empat suspek itu selama tiga hari lagi bermula hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut kes terbabit termasuk mengesan (baki) barangan kemas milik mangsa.
"Berdasarkan siasatan setakat ini, mereka hanya terlibat dalam satu kes pecah rumah di kediaman pempengaruh itu yang berlaku pada 25 April lepas dan polis telah merampas semula barangan kemas bernilai RM40,000 daripada suspek," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah wanita itu.
Sebelum ini, media melaporkan kediaman pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut di Pokok Sena di sini, dipecah masuk perompak yang melarikan barang kemas dan sejumlah wang tunai.
Siti Nur Khalieda yang berkongsikan perkara itu menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok pada 3 Jun lepas mendakwa kejadian itu menyebabkan dia kerugian RM800,000 selepas pelbagai barang kemas yang disimpan di dalam peti besi dilarikan perompak yang memasuki kediamannya melalui tingkap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah wanita itu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Buruh didakwa pecah masuk rumah, cabul jiran
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya.

Pecah masuk rumah Kieda Crepe: Reman empat individu disambung
Dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah wanita itu.

Suami isteri berdepan detik cemas rumah dipecah masuk empat lelaki bersenjata
Seorang pemandu bas dan isterinya berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Nilai pagi tadi.

Remaja cedera ditikam perompak guna pemutar skru
Seorang pelajar tingkatan tiga tercedera akibat ditikam menggunakan pemutar skru oleh seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai cuba memecah masuk rumah mangsa di Seksyen 23, sini pada Ahad.