KUALA LUMPUR: Seorang pegawai farmasi syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu melakukan khianat, mengugut isterinya mahu menjerut leher anak mereka dan memukul belakang badan guru wanita itu, bulan lepas.
Loh Chuan Tuck, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Chan Ket Yee, 40, di sebuah rumah di Bandar Country Homes, Rawang pada 10.30 malam 27 Sept lepas.
Bagi pertuduhan mengugut, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya manakala bagi pertuduhan khianat, dia didakwa mengikut Seksyen 426 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bapa dua anak itu turut berdepan pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dia juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan berjumlah RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin manakala peguam Cyrill Clade Agus memohon jumlah itu dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan 2022 untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
Pegawai kerajaan kerugian RM168,000 diperdaya sindiket
Seorang pegawai wanita di sebuah agensi kerajaan kerugian RM168,000 akibat ditipu sindiket penipuan menerusi telefon yang turut menyamarkan diri sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).
Pegawai farmasi didakwa khianat, ugut jerut leher anak, pukul isteri
Loh Chuan Tuck, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Kenderaan bawa vaksin COVID-19 terbabas langgar babi
Pemandu dan pegawai farmasi di dalam kenderaan tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.
COVID-19: Menghampiri dua tahun, mampukah petugas kesihatan terus bertahan?
Menjengah media sosial, pasti ada sahaja "suara-suara keletihan" golongan ini akibat lesu upaya yang kebelakangan ini semakin kuat kedengaran.
Tiada obligasi serap pegawai farmasi tamat latihan siswazah, khidmat wajib - Dr Dzul
Kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai obligasi menyerap semua pegawai farmasi yang tamat latihan siswazah atau khidmat wajib untuk terus berkhidmat dengan kerajaan.