IPOH: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian langgar sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, memfailkan permohonan jaminan agar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan kesnya.
Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat DSP, memfailkan permohonan itu pada 3 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya.
Peguam Jacky Loi Yap Loong yang mewakili Mohd Nazri ketika dihubungi memberitahu bahawa permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.
Terdahulu, semasa sebutan kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preetdi menetapkan 1 Ogos ini bagi sebutan semula permohonan jaminan terbabit dan turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan hujahan masing-masing.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chi Chau dan Lim Jin Wen.
Turut hadir, peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid.
Pada 14 Mei lepas, Mohd Nazri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, dan Hakim Bhupindar Singh menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov ini hingga 17 Jan tahun depan.
Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Mohd Nazri (tengah) memfailkan permohonan itu pada 3 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya. -Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.

Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu pegawai polis boleh menggunakan kenderaan peribadi sewaktu menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah trafik atau jenayah.

Polis didakwa bunuh pelajar: Kad memori 'dashcam' hanya diakses pada 20 Dis - Saksi
Kad memori Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak hanya diakses pada 20 Dis 2023 dan bukan sehari sebelum ia dirampas.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelajar tingkatan lima
Kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Dis 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.

Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tidak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak dilihat tidak serta merta turun selepas perlanggaran berlaku, namun hanya turun selang beberapa saat k

Kes polis bunuh pelajar: Tertuduh angkat Zaharif 'seperti dalam keadaan marah' - Saksi
Seorang saksi memberitahu mahkamah Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak mengangkat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, ke tepi bahu jalan seperti dalam keadaan marah.

Pegawai kanan polis didakwa ugut kontraktor, hantar gambar pembunuhan kejam
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut dua individu.

Pegawai kanan polis didakwa langgar pelajar mohon dibebaskan dengan jaminan
Permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.